"Ada perkara yang kamu tidak suka tetapi ia baik bagi kamu dan ada perkara yang kamu suka tetapi ia buruk bagi kamu, dan sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dan kamu tidak mengetahuinya..." (Surah al-Baqarah: ayat 216)

Tuesday, July 14, 2009

rindunye...

rindunya lma x msuk blog ni
dh berhabuk pown
bukan apa bz gila kebelakangan ni..
ni da masa cket trus buka

Friday, June 5, 2009

Majlis Konvokesyen PSSCM


akhirnya tarikh yg ditunggu telah tiba hahaha
best la dpt gk aku konvo
kali ni diadakan di UMT

konvo ni diadakan sekali bersempena dengan sambutan ke44 Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia (PSSCM)

Monday, May 25, 2009

Cuti oh Cuti

Bila cuti sem je msti dh xtentu arah kt umah ni..xtau nk buat apa..
yg pastinya aku nk manfaatkan cuti aku ni ngn perkara2 berfaedah..apa ek?
hurm.... pape je la

Yang pastinya 29,30 n 31 nnt aku akn ke terangganu sempaena konvokesyen silat cekak malaysia..
ps2 18, 19 n 20 aku akn ke skola terchenta: Maktab Mahmud Yan a.k.a MMY sempena program Ribaatul Mawaddah sbgai biro persediaan dan teknikal..Alhamdulillah ada jg sumbangan aku kt persatuan..walaupun x sebesar mn tp aku harap ia akan diterima sbgai ibadah di sisi Allah..

ok la stakat ni..jmpa lagi nnt

p/s: program ditunda

Sunday, May 17, 2009

happy Teachers' Day

selamat ari guru to all teachers over the world..
terima kasih kepada sume cikgu yang pernah ajr aku mengenal erti hidup nie.
besar jasa kalian kpda ku

xlupa gk kepada kwn2 ku kt maktab,
akmar, yana n jiehah
selamat ari guru
ngee~

Tuesday, May 12, 2009

Penuhkan Telaga Buta

Hmmmm lapar pnya psai skali lagi ktorg g mkn kt tg dawai.. sewa keta 2 jam, boh minyak rm8..
p kt damai park resort men2 ngn air lu..
berpoyo2 lu dpn camera



















pose je la..balun je cne pown

4 org mkn kena bayar RM49, ok x?? nk taw kitorg mkn pe??

kerang bakar


sotong celup tepung


hehehe ni menu masing-masing..
zatul mkn nasi goreng kampung, telur bungkus ngn orange juice,
aku lak order nasi goreng cina ngn apple juice 1st time aku mkn cket,
noyah mkn mee kungfu ngn air laici barli,
yana mkn nasi goreng paprik, kangkung goreng belacan ngn air orange juice


penuh mulut aku, lapar cgt

alhamdulillah, rezki aku ari ni..bersyukur la Allah kurniakan rezeki kt aku untuk hari ni




Monday, May 11, 2009

SEKALI WANITA TERGODA, GUGURLAH SEKUNTUM WARDAH DI SYURGA, SEKALI WANITA TERNODA, BERDEKAH-DEKAHLAH SYAITAN DI NERAKA.

Buat mawar-mawar mujahidah yang sedang merindui jalan menuju Allah..

SEKALI WANITA TERGODA, GUGURLAH SEKUNTUM WARDAH DI SYURGA, SEKALI WANITA TERNODA, BERDEKAH-DEKAHLAH SYAITAN DI NERAKA.

Rasulullah s.a.w dan generasi itu telah tiada! Lama sudah mereka berlalu meninggalkan kita.

Muhammad, kekasih Ilahi. Baginda berjalan selangkah demi selangkah, meniti hari. Bermula daripada seorang diri, menyampaikan dakwah secara sembunyi-sembunyi. Bukannya Baginda tidak berani dan takut mati, namun itulah tertib wahyu ketika itu, strategi Rabbi.

Ucapan Baginda tidak lahir dari nafsu melainkan wahyu yang suci. Ucapan yang hikmah dari kalbu yang jernih disambut oleh hati yang bersih dan jiwa yang fitri. Dimulainya mengajak manusia kepada Islam dengan menjernihkan fikrah, pendekatan akal, pemahaman dan menyentuh hati sanubari. Juga dengan jalan hujah dan keteranagan, dengan hikmah dan pengajaran penuh seni.

Bila mana ada perdebatan dirungkaikan dengan baik dan menambat hati. Bila mana mendapat tekanan, rintangan serta siksaan berlaku sabar dan melontarkan doa kasih nan sejati. Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

(Surah an-Nahlu:125)

Dengan rahmat dan kurnia Ilahi, seorang demi seorang ikut menyertai, dari golongan bangsawan mulia hingga hamba sahaya tidak terkecuali. Lalu, terbentuklah jemaah Islam pertama, jemaah Rasulullah dan para sahabi. Jemaah baharu itu masih sangat kecil dan merupakan ghuroba’(orang-orang yang asing) di Mekah, kota kelahiran sendiri.

Golongan ghuroba’ inilah yang kelihatan berjalan perlahan-lahan dan lambat, akhirnya menjadi kelompok yang mulia, gah, izzah dan menjadi generasi terbaik umat ini. Mereka tidak punya apa-apa, melainkan jiwa yang sarat keyakinan, jalan dakwah terus berkembang dan panjinya berkibar tinggi.

Jalan dakwah inilah jalan yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w sehingga Islamlah seluruh jazirah Arab, demikian pula Parsi dan Romawi, mencabut jahilliah dari akar umbi.

Sabda Rasulullah s.a.w:

“Ingatlah bahawa Islam itu berputar, maka berputarlah kamu bersama Islam ke mana saja ia berputar. Ketahuilah bahawasanya penguasa dan al-Quran akan berpisah, maka janganlah kamu berpisah dari al-Quran.”

Duhai akhawat sayangfillah, si mawar mujahidah, ketahuilah…

Dalam langkah hidup ini, hanya ada dua jalan yang salah satunya perlu ditempuhi. Kita yang memilih jalan kita sendiri. Kalau kita tidak memilih jalan menuju Allah, pasti kita akan melangkah di jalan yang menuju kecelakaan diri sendiri itulah jalan syaitan, nafsu, syahwat dan duniawi. Jalan keimanan itulah jalan Ilahi dan jalan kesesatan itilah jalan iblisi.

Orang yang berjalan di atas jalan Ilahi sentiasa berusaha mensucikan jiwa dan hati sementara orang yang berjalan di jalan iblisi, tiada sensitivity dalam mengotori dan menodai ahti.

Masing-masing berusaha dan masing-masing bergerak, meniti waktu dan hari, mendekati mati. Akhirnya, masing-masing kerdil menghadap Ilahi. Sudah tentu di sana, ada perbezaan antara keduanya di alam abadi.

Tanyalah diri, mahukah kita mencampakkan diri ke lembah kehinaan pada saat betemu Rabbi? Atau meletakkan diri ke darjat yang tinggi? Sudah tentu jawapan kita mengimpikan tempat di sisi Ilahi.

Namun, adakah sama orang yang sekadar berangan-angan tetapi tidak mempunyai persiapan yang serius untuk menghadap-Nya? Berapa ramai orang yang sanggup manjual harta dan dirinya demi membeli redha Allah? Sungguh, manusia lupa saat perjumpaan itu!

Zaman berganti zaman, Islam asing (gharib) kali kedua, hati-hati yang jernih fikrahnya menjadi ghuroba’. Golongan ini sedikit sekali kerana golongan ini sering mendapat tapisan demi tapisan dari Ilahi sehingga yang tinggal hanyalah orang-orang yang benar-benar ikhlas dengan-Nya.

Adakah amalan dan akhlak kita melayakkan diri kita termasuk dalam golongan ghuroba’ ini? Mungkinkah kelalaian kita yang berterusan ini akan menyebabkan kita turut tertapis dari jalan ini? Nauzubillah!

Ya Allah, bantulah kami untuk tetap layak berada di atas jalan-Mu. Jangan sekali-sekali Kau menapis kami dari jalan-Mu kerana kelalaian kami sendiri untuk mengubat hati dan mengubah sahsiah diri. Amin…

(Dipetik dari:Tautan Hati karya Novelis Sayembara Novel Remaja Jubli Emas DBP 2006, Fatimah Syarha Mohd. Noordin keluaran Telaga Biru)

SeLamAt haR! Ibu..

ayooo lmbot post r
tp xpe at least aku wish gk kt mak,
mak...Hepi Mother's day
tp bg aku xperlu nk tngu ari ni je bru nk wish kt mak..
cma ni mgkin satu sambutan or lebih sesuai jika dikatakan hari mngenang jasa ibu
hehehe
ibu, mak, mama, ummi, or else pe je yg kitorang panggil kt org yg melahirkan kita, merupakan antara org yg terpenting dalam kamus hidup aku n aku percaya korg pn cm2 gk..

mak aku yg sempoi...sori mak, sje je gtai nk upload pic ni

terima kasih mak,
membesarkan kami, anak-anak mak dengan penuh kasih sayang..
penuhi semua keperluan dan kehendak kami..
sesungguhnya jasamu ibu xterbalas biarpun kupetik semua bintang di langit sebagai hadiah kepadamu,
terima kasih kerana memahami anak-anakmu,
memberikan kami pengertian hidup ini,
nasihatmu akan kami simpan kukuh sebagai pedoman di hari mendatang..
luv u mak..

Kuar Jalan-jalan

Disebabkan keboringan yang terserlah nie, aku ngn mmbe-mmbe amek la kesempatan kuar jalan2.akceli xde la p mn cgt pn sj je sewa keta g jln tengok sunset. p pantai bersih ps g menziarah family angkat kt serdang..
xde pape yg best pn juz suka-suka je p buang masa n abehkan dwet..
ngee~











termenung kt pantai bersih













aku yang kebudak-budakan

ari len lak p mkn kt tg dawai pn tengok sunset gk n ps2 mkn la...
nyum3

Friday, May 8, 2009

PENGHUJUNG SEM4

Hari-hari terakhir di kampus sangat membosankan…mana xnye, suma dh blek kampung, pulang bercuti. So tinggal je la kami golongan yang terpaksa menghadapi peperiksaan pada hari-hari terakhir ini. SUNYINYE!!!

Bilik2 suma dh kosong. Level ni pn tinggal 2-3 bilik je yang menyala lampunya tyme malam2.pe la nseb aku ni, dh elok2 je paper beh awal, gatal2 plak p tambah Mandarin, kn xpasal jd cmni...sonoknye dorg dh blek umah

mak...nk blek ngee~ mcm la study jauh cgt ;)

Monday, May 4, 2009

Keruntuhan Moral..

Jika ditanya tentang cinta? Apakah jawapan anda?

Jika ditanya pula soal ‘couple’? Bagaimana pula penerimaan anda?

Hendak menjawab..”hurm sy dh kapel Seronok da org care about me.. rasa sayang dan disayangi” (dgn nada gembira).…..mcm 2?

Ataupun, “alhamdulillah, sy belom kapel dan berharap tidak berkapel. Semoga Allah menjaga hati saya dari berpaling dariNya”

Ye..apa yg dicoretkan di sini pastilah apa yg sedang berlegar di fikiran kan?

Kejatuhan moral hari ini makin lama makin berada di tahap yg membimbangkan.. andai ini reality yg harus kita tempuh hari ini, bagaimana nasib generasi akan datang..anak cucu kita..sahabatku, beranikan diri kalian untuk melihat apa yg telah terjadi. Fitnah syahwat merata-rata. Media makin galak berlumba-lumba menerbitkan gambar2 yg memberahikan. Mendorong pemuda-pemudi terikut2 dengan budaya yg xsihat ini.

Jujurlah pada diri sendiri..tidakkah terlintas sedikit pn perasaan sebegini di fikiran kalian?

Kapel.. istilah kapel tidak patut wujud dalam kamus hidup umat Islam. Mengapa aku berkata demikian? Kerana Islam telah menganjurkan cara yang bersesuaian untuk melahirkan rasa cinta..

Dan inilah kesan daripada pengaruh Yahudi. Dan gerakan2 yang terpesong daripada ajaran Islam tetapi meletakkan perkataan ‘Islam’ sebagai nm: Islam Liberal, Sister in Islamn etc.. dan Islam hadhari??ntah la, sy pn kurang pasti mengenainya..

Namun Islam hadhari yg merupakan sebahagian daripada subjek pengajian aku di sini tidak meninggalkan sebarang kesan dalam hidupku..Malah menimbulkan tanda Tanya sehingga hari ini.. untuk apa diwujudkan lagi Islam Hadhari ini. Tidak cukupkah ajaran Islam yg dibawa oleh Rasulullah s.a.w.. 10 prinsip Islam hadhari??bagaimana pelaksanaannya? Berjayakah? Atau hanya omong kosong yang tidak mendatangkan sebarang kebaikan? kita tinggalkan sekejap persoalan ini..

Sebagai manusia di akhir zaman, aku pn xterlepas untuk memikirkan soal ini..ye untuk apa difikirkan seandainya kita yakin dengan Qada’ dan Qadar...tapi keadaan sekarang membuatkan aku seolah-olah terhanyut dan terleka dengan pandangan duniawi..mujurlah aku sedar sebelum terhanyut..Syukur Ya Allah

Sesungguhnya, aku bukanlah sehebat Sultan Muhammad alFateh..seorg pmimpin muda yg mnwan kota constantinople pd usianya 21 TAHUN..malah tiada sedikit pd aku jika hendak dibandingkan..tetapi aku memandang isu hari ini sebagai sesuatu yg serius dalam peradaban umat Islam masa kini.


Perkahwinan adalah salah satu cara untuk persoalan2 ini..
“macam mana kami nk kawen belajar pn x habis lagi”
“Kewangan x kukuh la macam mana nk sara family”
“ala muda lagi xkan nk kawen dah kot. Enjoy la dulu”
“mak aku xbagi kawen awal la”

Bagi lelaki yang menjadikan ini sebagai alasan, mereka sebenarnya belum bersedia untuk memikul tanggungjawab..hanya mencari alasan tanpa usaha mencari penyelesaian.. dapatkah segala alasan ni menutup maksiat kita..

Berkahwin dalam usia yg muda atau lebih tepat lagi semasa belajar bukanlah sesuatu yg salah.. Imam Yusuff Al-Qardhawi sendiri berkahwin semasa tahun ke2 di Universiti Al-Azhar..

Tentu ada yg menyoalkan mengenai kos sara hidup?pembiayaan pengajian?ibu bapa sepatutnya memainkan peranan penting dalam ini.. ye mmg benar anak2 mereka telah berkahwin tp bukan bermakna membiarkan mereka setelah berkahwin..apa salahnya sekiranya ibu bapa pasangan tersebut terus menanggung pengajian anak2 mereka..

Namun xsemua orang memahami hakikat ini..membiarkan akal waras terus membelenggu diri. Mementingkan adat daripada nilai keagamaan..andai perkara ini berterusan maka makin ramailah anak2 yg tidak berbapa, mati terbuang di tepi jalanan, tong sampah, kaki lima masjid..

Renung dan fikirlah..mahukah kita membiarkan sahabat2 kita terus hanyut dan leka dengan dunia mereka. Di sinilah letaknya peranan kita sebagai seorang khalifah.

~~~hurm dh pnjang rupanye aku berceloteh…tiba2 je fikiran aku penuh dengan benda ni.. pape pn hope so, semaga aku terpelihara dari godaan dan dugaan ini..amin~~~