Jika ditanya tentang cinta? Apakah jawapan anda?
Jika ditanya pula soal ‘couple’? Bagaimana pula penerimaan anda?
Hendak menjawab..”hurm sy dh kapel Seronok da org care about me.. rasa sayang dan disayangi” (dgn nada gembira).…..mcm 2?
Ataupun, “alhamdulillah, sy belom kapel dan berharap tidak berkapel. Semoga Allah menjaga hati saya dari berpaling dariNya”
Ye..apa yg dicoretkan di sini pastilah apa yg sedang berlegar di fikiran
Kejatuhan moral hari ini makin lama makin berada di tahap yg membimbangkan.. andai ini reality yg harus kita tempuh hari ini, bagaimana nasib generasi akan datang..anak cucu kita..sahabatku, beranikan diri kalian untuk melihat apa yg telah terjadi. Fitnah syahwat merata-rata. Media makin galak berlumba-lumba menerbitkan gambar2 yg memberahikan. Mendorong pemuda-pemudi terikut2 dengan budaya yg xsihat ini.
Jujurlah pada diri sendiri..tidakkah terlintas sedikit pn perasaan sebegini di fikiran kalian?
Kapel.. istilah kapel tidak patut wujud dalam kamus hidup umat Islam. Mengapa aku berkata demikian? Kerana Islam telah menganjurkan cara yang bersesuaian untuk melahirkan rasa cinta..
Sebagai manusia di akhir zaman, aku pn xterlepas untuk memikirkan soal ini..ye untuk apa difikirkan seandainya kita yakin dengan Qada’ dan Qadar...tapi keadaan sekarang membuatkan aku seolah-olah terhanyut dan terleka dengan pandangan duniawi..mujurlah aku sedar sebelum terhanyut..Syukur Ya Allah
Perkahwinan adalah salah satu cara untuk persoalan2 ini..
“macam mana kami nk kawen belajar pn x habis lagi”
“Kewangan x kukuh la macam mana nk sara family”
“ala muda lagi xkan nk kawen dah kot. Enjoy la dulu”
“mak aku xbagi kawen awal la”
Bagi lelaki yang menjadikan ini sebagai alasan, mereka sebenarnya belum bersedia untuk memikul tanggungjawab..hanya mencari alasan tanpa usaha mencari penyelesaian.. dapatkah segala alasan ni menutup maksiat kita..
Berkahwin dalam usia yg muda atau lebih tepat lagi semasa belajar bukanlah sesuatu yg salah.. Imam Yusuff Al-Qardhawi sendiri berkahwin semasa tahun ke2 di Universiti Al-Azhar..
Tentu ada yg menyoalkan mengenai kos sara hidup?pembiayaan pengajian?ibu bapa sepatutnya memainkan peranan penting dalam ini.. ye mmg benar anak2 mereka telah berkahwin tp bukan bermakna membiarkan mereka setelah berkahwin..apa salahnya sekiranya ibu bapa pasangan tersebut terus menanggung pengajian anak2 mereka..
Namun xsemua orang memahami hakikat ini..membiarkan akal waras terus membelenggu diri. Mementingkan adat daripada nilai keagamaan..andai perkara ini berterusan maka makin ramailah anak2 yg tidak berbapa, mati terbuang di tepi jalanan, tong sampah, kaki
Renung dan fikirlah..mahukah kita membiarkan sahabat2 kita terus hanyut dan leka dengan dunia mereka. Di sinilah letaknya peranan kita sebagai seorang khalifah.
~~~hurm dh pnjang rupanye aku berceloteh…tiba2 je fikiran aku penuh dengan benda ni.. pape pn hope so, semaga aku terpelihara dari godaan dan dugaan ini..amin~~~
No comments:
Post a Comment