"Ada perkara yang kamu tidak suka tetapi ia baik bagi kamu dan ada perkara yang kamu suka tetapi ia buruk bagi kamu, dan sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dan kamu tidak mengetahuinya..." (Surah al-Baqarah: ayat 216)

Wednesday, August 26, 2009

Kematian menghampiri kita

semalam, dalam kelas i got 1 message from my mum..terkejut gk mcm xpercaya tapi itula hakikatnya
mcg mak berbunyi, "paklong dh xde, meninggal pagi td"
banyak kali aku bc mcg 2..jz nk make sure aku tak silap bc
abeh klas aku call mak aku tny pnca kematian..mak cakap meninggal time tidur..

erm aku pn xtaw nk ckp cne..yang pastinya setiap yg idup akan merasai mati...dan persepsi "merasai" mati sudah pasti berbeza bagi org yang masih hidup..bila dan bagaimana tak diketahui..oleh itu kita seharusnya bersedia menghadapi kematian..

Saturday, August 22, 2009

Marhaban Ya Ramadhan

Doa Malaikat Jibril menjelang Ramadhan,
"Ya Allah abaikanlah puasa ummat nabi Muhammad jika apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan 3 perkara:
1. Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada 2 orang tuanya
2. Tidak bermaafan terlebih dahulu antara suami isteri
3. Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang2 sekitarnya
maka Rasulullah s.a.w pun aminkan 3 kali.

oleh itu saya INGIN MEMOHON dibukakan pintu maaf selebar-lebarnya, semoga ALLAH swt memberkati serta merahmati dan senantiasa menjaga ibadah puasa kita..amin


*******************************

walaupun agak lewat untuk aku ucapkan marhaban ya Ramadhan tp tak mengapa la rasanya..
setiap tahun pengalaman dan keadaan aku berpuasa jelas berbeza.
namun apa jua keadaannya yang penting redha Allah akan mengiringi setiap detik perjalanan hidupku hendaknya.
dan harapan aku agar ramadhan kali ni akn mmberi aku keinsafan dan memperbaiki diri daripada kejahilan kepada yang berpengetahuan..menambah kesabaran dalam diri..
Ya Allah jadikanlah aku seorang insan yang sentiasa mensyukuri nikmatMu seterusnya dapat memperbaiki diri ke arah yang lebih baik..amin

terasa serba kekurangan diri ini jika dibandingkan dari sudut apa pun.kerdilnya diriku pada pandangan mataMu, jahilnya aku berbanding yang lain..tetapkanlah hatiku dalam agamaMu, jauhilah aku dari kesesatan dunia..


Thursday, August 6, 2009

Jodoh Itu ketentuan Allah

Usia remaja masa kini yang penuh dengan cabaran dan rintangan menyebabkan ramai terleka dan hanyut dalam dunia fantasi mereka masing-masing..dan tanpa sedar ramai daripada kita terus terjebak dalam mainan perasaan yang sememangnya lumrah semua insan. Tidak dapat dinafikan perasaan ingin mencuba menyebabkan mereka lalai justeru memilih jalan yang salah.
Namun begitu, kita sebagai remaja khususnya beragama Islam harus sedar bahawa Islam mempunyai jalan untuk menyelesaikan masalah tersebut..
Saya menyeru kepada diri sendiri dan rakan sekalian, yakinlah dengan qada' dan qadar..sesungguhnya JODOH ITU KETENTUAN ALLAH..Di sini ada link yang saya sertakandengan niat untuk berkongsi bersama...

http://cheahmad.blogspot.com/2009/08/jodoh-itu-ketentuan-tuhan-artikel.html

Wednesday, August 5, 2009

Nisfu Syaaban

Nisfu Syaaban (Nisf bermaksud separuh) adalah peristiwa hari ke-15 dalam bulan Syaaban tahun Hijrah. Umat Islam mempercayai yang pada malam Nisfu Syaaban, amalan akan dibawa naik oleh malaikat untuk ditukar dengan lembaran amalan yang baru setelah setahun berlalu.

Nabi Muhammad s.a.w menggalakkan umatnya untuk bangun malam dan berjaga serta beriktikaf sepanjang malam kerana tidak mahu amalan diangkat dalam keadaan tidur atau lalai.


TIADA HADIS SAHIH MEMBICARAKAN MALAM NISFU SYAABAN

Oleh Dr Engku Ahmad Zaki Engku Alwi

SYAABAN adalah salah satu bulan Hijrah yang mempunyai keistimewaan tersendiri. Syaaban dianggap pintu gerbang Ramadan kerana pada bulan itu umat Islam masih boleh makan dan minum pada siang hari sebelum mereka menyambut kedatangan bulan puasa yang penuh berkat.

Kelebihan Syaaban dapat dilihat apabila Rasulullah SAW pernah memberitahu sahabat mengenai Syaaban. Bulan itu dinamakan demikian kerana pada bulan itu Allah banyak memberi rahmat kepada hamba-Nya.

Kelebihan Syaaban berbanding bulan lain ialah seperti kelebihan Rasulullah SAW terhadap semua nabi, manakala keutamaan bulan Ramadan berbanding dengan semua bulan adalah seperti keutamaan Allah kepada hamba-Nya.

Pada bulan Syaaban, ada satu malam sangat dinantikan umat Islam iaitu malam Nisfu Syaaban. Pada malam itu, umat Islam akan membanjiri masjid dan surau untuk menghidupkan malam itu dengan bacaan surah Yasin secara beramai-ramai.

Malangnya, timbul persoalan mengapa umat Islam hanya melangkah kaki ke masjid dan surau pada malam Nisfu Syaaban saja, tidak pada hari lain dalam bulan lain. Perlu ditegaskan, setiap bulan Hijrah memiliki keistimewaan dan kelebihan masing-masing dan bagi Muslim bertakwa akan sentiasa berusaha merebut dan meraih keistimewaan yang Allah sediakan pada bulan itu.

Muslim sejati tidak akan memilih bulan tertentu untuk beribadat kepada Allah. Dia akan sentiasa beristiqamah dan beriltizam menjunjung segala titah dan perintah Allah pada setiap masa dan keadaan sehinggalah dia menghadap Allah nanti.

Di samping itu, terdapat juga himpunan hadis menerangkan keistimewaan Syaaban, kelebihan malam Nisfu Syaaban dan keutamaan amalan tertentu pada bulan itu. Namun, kebanyakan hadis itu adalah hadis daif menurut pandangan ulama. Walau bagaimanapun ada sebahagian ulama berpendapat hadis daif boleh dipegang dalam amalan sunat secara perseorangan.

Pada Syaaban ini, umat Islam dianjurkan lebih mendekatkan diri kepada Allah dengan meningkatkan amal soleh dan memperbanyakkan ibadat. Tidak ada hadis diriwayatkan berkaitan dengan amalan dan bacaan doa tertentu pada pertengahan Syaaban mencapai taraf hadis sahih. Menurut mereka, tidak ada satu pun hadis sahih yang membicarakan mengenai malam Nisfu Syaaban dan amalan dianjurkan pada malam itu.

Berdasarkan amalan biasa dilakukan umat Islam di Malaysia iaitu amalan membaca surah Yasin sebanyak tiga kali dan juga bacaan doa khusus (doa yang tidak ada asal usulnya dan tidak menepati dalil Syarak sama ada dalil manqul (bersumberkan al-Quran dan hadis) atau ma’qul (bersumberkan pendapat ulama mujtahidin yang muktabar).

Menurut Prof Dr Yusuf al-Qaradawi dalam kitabnya al-Fatawa, kandungan doa itu secara umumnya adalah permohonan supaya ditetapkan sebagai seorang yang bahagia dan murah rezeki bersesuaian dengan segala kebaikan.

Maksud doa itu berdasarkan firman Allah yang bermaksud:

Sesungguhnya Allah menghapus dan menetapkan apa yang Dia kehendaki, dan di sisi-Nya ummul kitab (ibu segala suratan).� (Surah al-Raâ˜d , ayat 39)

Jelas di sini percanggahan nyata dalam isi kandungan doa ini. Pada permulaannya pemohon berkata, jika tertulis di sisi Allah di dalam kitabnya sebagai seorang yang susah dalam urusan mencari rezeki, pendoa meminta supaya dihapuskan kesusahan itu dan ditetapkan di sisi Allah di dalam kitabnya (yang sama) sebagai seorang bahagia dan murah rezeki untuk segala kebaikan, berdasarkan maksud ayat yang disebutkan.

Makna ummul kitab ialah tidak ada di dalamnya penghapusan dan tidak ada pengisbatan (penetapan), bagaimana dia (orang yang berdoa) pada masa yang sama memohon penghapusan dan pengisbatan di dalamnya.

Pada masa sama, ucapan doa itu bertentangan dengan adab berdoa seperti digariskan ajaran Islam. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

Apabila kamu meminta kepada Allah (berdoa kepada-Nya), janganlah kamu ucapkan: Ya Allah ampunilah jika Kamu kehendaki, rahmatilah daku jika Kamu kehendaki, berikanlah rezeki padaku jika Kamu kehendaki, sebaliknya hendaklah kamu menetapkan permasalahannya (apa yang diminta), Allah Maha Berkuasa melakukan berdasarkan ketentuan-Nya dan tidak ada paksaan ke atas-Nya.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Seterusnya, umat Islam dianjurkan melaksanakan amal ibadat sebanyak mungkin menurut kemampuannya pada malam itu antaranya solat lima waktu secara berjemaah, bersolat sunat dan melakukan solat tahajud, berpuasa sunat, membaca al-Quran, beristighfar kepada Allah, bertasbih, bertahlil, bertakbir dan membaca pelbagai doa dan zikir yang maâthur.

- Dr Engku Ahmad Zaki Engku Alwi ialah Timbalan Dekan Fakulti Pengajian Kontemporari Islam, Universiti Darul Iman Malaysia.

dipetik dari http://nurjeehan.hadithuna.com/tiada-hadis-sahih-bicarakan-malam-nisfu-syaaban/

Sunday, August 2, 2009

yeyeyeye

hmmmm akhirnya dh ley edit
even xcantik pn tp xde r sehodoh td
berbinau mata dh ni..

Saturday, August 1, 2009

aduhhh apa aku buat ni..

erm gatai tgn plak dah
nk ubah sna sini...
kn dh ilang mcm2 huhuhu
cdeynye..pnat lak la nk meng'edit' blek
Ya Allah tabahkanlah hatiku
:(