"Ada perkara yang kamu tidak suka tetapi ia baik bagi kamu dan ada perkara yang kamu suka tetapi ia buruk bagi kamu, dan sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dan kamu tidak mengetahuinya..." (Surah al-Baqarah: ayat 216)

Saturday, October 16, 2010

Transform


Rasa malu, benci n marah bila baca suma post aku yang ntah pape..
fieza, its the right time to transform yourself ok.

Thursday, October 14, 2010

SERBA SALAH

ala....minggu depan dah INTERVIEW
cne ni nk sure ngn org2 berkenaan..
segan lak nk tny banyak2 kali
boleh ke x nie?
xkan nk cancel lak interview tu
kang xpasal2 kena blacklist lak..
alalalalalalalallaa
macam mn ni?
TOLONG LA
takut menyusahkan orang lak

P.E.N.I.N.G.N.Y.E.K.E.P.A.L.A.A.K.U

Friday, October 8, 2010

INTERVIEW

Dah lama xmenulis dan meluahkan perasaan dekat blog nie.. fobia sebenarnya, takut nanti apa yang fieza tulis dijadikan isu..niat fieza cuma nak meluahka perasaan tetapi ada sesetengah pihak yang cuba menjadikan tulisan fieza sebagai isu.. terasa DOWN yang teramat sangat...thats why la, dah lma fieza menyepi..

erm ok la berbalik kepada title kat atas tu..INTERVIEW. Dalam masa 4 bulan nie, alhamdulillah fieza dah dapat belanja duit hasil titik peluh fieza sendiri, walaupun xbergaji lumayan mahupun berkedudukan besar..3 bulan sebagai kerani and currently i'm an operator..actually i'm enjoy myself..pengalaman yang sangat berharga dalam hidup fieza..dan fieza dah xda masa nak 'berperang' kt dapur..hehe rindu la..kadang2 ja fieza boleh memasak..


Mggu lepas (1 October 2010) fieza ada interview..dan fieza memang attended for that interview..tempatnya kt Pulau Tikus utk jawatan Eksekutif Pemasaran dekat Ambank. Sesat jugak la masa pusing2 Penang nak cari Bangunan Ambank tu. dan alhamdulillah fieza dapat post tu. but i'm refuse to go..entah la kenapa..fieza takut sebenarnya.

Balik dari interview tu fieza trus apply jobstreet..xbanyak la vacancies dekat utara nie..tp fieza apply jugak even vacancy tu kt selangor n kl..n within 3 days je fieza dah dpt 3 panggilan temuduga..Alhamdulillah, murah rezeki..dan sekarang dah 4 interview yang fieza kena attend..tu pun fieza dh reject banyak interview.

Dan yang merunsingkan fieza ni macam mana fieza nk attend interview tu..sbb sumanya dekat selangor dan kl. fieza sertakan alamat kt sini ye..

HSBC BANK
12th floor BANGUNAN HSBC
No 12 Lebuh Ampang
tarikh: 18/10/2010
masa: 9.00pg
Post: Bank Clerk

Purple Box Sdn. Bhd
No 12 Jalan Kemuning Prima
C33/C Kemuning Utama,
Shah Alam
tarikh:18/10/2010
masa:2.30ptg
Post: Account Clerk/Account Assistant

MyKris Asia Sdn Bhd
L06-10 No 11 Lebuh Bandar Utama
Bnadar Utama PJU6,
Petaling Jaya
tarikh:19/10/2010
masa:9.00 pg
Post: Account Assistant

Agensi Pekerjaan Prospect Bright
No 18 2nd floor
Jln 14/14 Petaling Jaya
tarikh: 19/10/2010
masa:2.30 ptg
Post: Account Officer

Fieza harap dapat attend keempat-empat interview dan antara 4 ni fieza dapat 1 kerja..Doakan fieza ye suma

Friday, September 24, 2010

hati

hati...
sukar diramal..sukar diteka..sukar dipasti
selalu berbolak dek kerana keinginan nafsu yang membuak-buak
atau mungkin juga kerana desakan iman yang menggunung
alangkah indah jika hati dibimbing dengan hidayah dari Nya
setiap tindakan dan perlakuan kita direstuiNya

ya Allah, bimbinglah hatiku mendekatiMu
ya Rabbi, jodohkanlah aku kepada orang yang mencintaiMu
agar bertambah cintaku kepadaMu
amin..

Tuesday, September 14, 2010

Boleh tak kalau saya nak kawen awal?

Boleh tak kalau saya nak kawen awal??
Kenapa orang akan kata kita gatal kalau nk kawen awal. Salah ke? aku xnmpak pn apa salahnya..hmm mungkin takut org muda xmampu or lebih tepat lg xbersedia nak pikul tanggungjawab? tapi aku tak rasa itu sebagai satu alasan..

Aku slalu search doa2 untuk cepatkan jodoh.. Jeles bila tengok kawan2 baik akudah kawen. have their own family. ada suami sebagai pelindung, pembimbing, yang sangat2 aku harapkan untuk jadi tempat aku berpaut saat aku rapuh di tengah jalan. Ingin aku jadi sayap kiri perjuangan suami mithali, yang boleh bimbing aku di dunia dan akhirat.

Tengah2 search kt internet aku jumpa doa nie. Jom kita sama2 amalkan doa nie..Moga Allah makbulkan doa kita. Amin

Do'a Mohon Jodoh dan Keturunan yang Baik



Artinya: "Ya Tuhanku, janganlah Engkau membiarkan aku hidupku seorang diri, dan Engkaulah pewaris yang paling baik." (QS. Al-Anbiyai': 89).



Artinya: "Ya Tuhanku, berilah aku dari sisi-Mu seorang anak yang baik. Sungguh Engkau Maha Pendengar doa." (QS. Ali 'Imron: 38).

Penjelasan:
Doa di atas baik sekali dibaca oleh orang-orang yang belum mempunyai keturunan dan pasangan hidup. Juga baik sekali dibaca oleh setiap muslim agar diberi keturunan yang shalih.
Kedua ayat diatas merupakan doanya Nabi Zakariya a.s. agar diberi keturunan sebagai pelenjut perjuangannya menegakkan agama Allah. Kisah Nabi Zakaria bisa dilihat dalam Al-Our'an Surah Al-Anbiya' ayat, 89-90; Ali-'Imron, 38-41.

ni pulak doa nk cepatkan jodoh dan doa putus cinta (kecewa/patah hati)

nak dapatkan lebih doa boleh la beli buku Ikhtiar Penyembuh Penyakit oleh Tuan Guru Dato Dr Haron Din, terbitan Darussyifa’.



Monday, September 13, 2010

Friday, September 3, 2010

paksaan

ini satu PAKSAAN...
aku xmau p la even tu hotel 7 star skalipun
aku xrasa rugi langsung
yes AT ALL

BENGANG!!!!!!!!!

Tuesday, August 17, 2010

Impian..

entah kenapa tiba2 je mood nak mengarang, berceloteh, bercerita kembali..mungkin sebab boring duduk rumah seharian tanpa sebarang aktiviti kot..actually aku demam hari ni..MC dan xpergi keje..asyik tido je memanjang..

Ok kembali kepada cerita asal..
Dalam hidup ini, macam2 aku nak buat. Dan ada yang sudah tercapai, ada juga masih di awang-awangan menanti impian direalisasikan.

Aku masih keliru dengan hala tuju hidup nie. Semua aku nak buat, itu nak ini nak...

Dulu masa kecik2 aku nak jadi peguam, ye la masa tu aku petah berkata-kata. Berani berhadapan dengan orang. Ligat atas stage. Tapi lama-kelamaan aku jadi pasif, dan cita2 itu hanya berkubur di situ.

Lepas tu aku nak jd doktor, tp masa form 4 aku cuma duduk 3 bulan je kt kelas sains.Lepas tu baru aku sedar yang aku xminat tu semua.Aku beralih ke bidang perakaunan, tapi xpernah bercita2 nak terus smbung bidang nie. sebabnya??aku nak menyambung pengajian ke Timur Tengah.

After SPM aku bersemangat nak sambung pengajian ke Mesir.aku pn amik STAM. Nekad xnak apply u walaupun masa tu orang suma kalut n sibuk2 nak apply u. Aku cuma nak tumpukan pelajaran dekat STAM dan lanjutkan pelajaran ke Mesir dalam bidang Syariah. tapi last minute aku apply u jugak, ye la nk cuba nasib.

and siapa tahu bukan rezeki aku nk jejakkan kami kat bumi anbiya' tu. lastly, aku terima tawaran untuk smbung pengajian kt UiTM kos Diploma Perakaunan. tapi itu xmematahkan semangat aku. Sampai sekarang, aku masih bercita-cita nak sambung Syariah. Entah akan tercapai atau pn tidak aku pun xtau.

Aku dah apply spa8, pakai SPM. kan best kalau aku dapat as a pembantu syariah. seronok kalau dapat.sekurang2nya one of my dreams akan jadi kenyataan.

tapi xpe la rezeki di tangan Allah, yang penting aku dah berusaha.

Cuma yang masih membelenggu diri aku nie, aku nak berubah. Nak pakai macam dulu, masa kt Maktab Mahmud. bertudung labuh. manis je macam tu. selamat dari sebarang gangguan.. tapi aku xkuat nak melakukan perubahan. Ya Allah bantulah hambaMu ini, keluarkan aku dari kejahilan dunia nie. Allah, xingin aku berasa selesa dengan maksiat. Tetapkanlah hatiku ini di atas jalanMu.

Impian aku yang sangat besar dan bermakna dalam hidup aku ialah dikurniakan suami yang soleh, yang taat pada perintah Allah, yang dapat membimbing aku dan zuriatku supaya tetap dijalanMu, yang dapat menjadi imam dalam hidupku.
Firman ALLAH S.W.T: Perempuan yang jahat untuk lelaki jahat, dan perempuan yang baik untuk lelaki yang baik.

apa yang dapat aku simpulkan kt sini, kalau aku nak seorang suami yang baik, aku mesti cuba menjadi yang terbaik.
amin ya rabbal a'lamin.

Saturday, July 31, 2010

Happy Birthday mak...

31 Julai 2010

Ini adalah tarikh untuk besday mak saya...Tapi saya xhadiahkan apa2 pn melainkan sebuah ucapan..terkilan???erm da la jugak sikit..nk tau x, family saya bukan menyambut hari lahir macam family lain..ada parti, buat mkn2, potong2 kek..just a simple family..

tapi besday mak kali ni buat aku sedikit pening..kenapa???ya kenapa..mak buat permintaan..permintaan apa???nak menantu la..minta la hadiah lain, saya akan cuba tunaikan..menantu??mana nak cari..mak, bukan je menantu malah bakal menantu pun kak xboleh bagi..

umur saya 21 tahun..masih muda kan?seumur hidup saya, saya xpernah ada 'boyfriend' macam orang lain...xlaku ke saya nie???erm mungkin jugak..hehe tapi bila ada yang nak, saya pulak xnak..xtau la kenapa tp susah sikit saya nk serahkan hati saya pada org..

ishh xkan la xpernah suka kat org kot??erm mmg la pernah tp setakat admire dari jauh je..tengok dia bahagia dah cukup...tp kalau dia xbahagia??xkan aku pulak nk tersua-sua cakap aku suka dia..ish biarlah

mesti ramai org ckp, dh suka show ur luv la..nnt gigit jari kot..ntah la, saya bukannya berani nak meluahkan apa yang terbuku di hati..saya lebih senang simpan sendiri..pendam dan terus pendam..sampai bila??saya pn xtau..no answer for that question..

________________________________________________

ramai kawan saya dah kawen..ada yg dah ada anak..xjeles ke??ada la jugak perasaan jeles tu..tp apa boleh saya buat..ajal, maut, jodoh, pertemuan semua kat "tangan" Allah..ye saya tau kita kena berusaha jugak..tapi macam mn??xkan la nk buat banner besar2 tepi jalan pulak..or pergi agensi cari jodoh haha macam xrasional pulak

saya pun dh xtau nak cakap apa dh..nak berceloteh pn xde idea..
aduiiii niat sebenar nk bercerita psal besday mak dh melalut ke agensi cari jodoh pulak..

ok la dah xda mood nak bercerita..xnak pikir sal kawen lg..yg penting sy nk dpatkn dgree dulu then keje..klau dalam masa tu dh smai seru saya utk mendirikan rumah tangga, then i will..

hehehe bye2

Wednesday, July 21, 2010

dah lama dah



aku rindukan blog aku nie..dah lama
x meng'update' dan meng'edit'.

sabar ye blog..
i'll make sure u cantik seperti sedia kala tau..

(^_^)+(^_-) = (",)

...miss miss miss u so damn much...

Saturday, May 29, 2010

walimatul urus..



29 Mei 2010

Kenduri kawen kawan baik aku..erm susah digambarkan perasaan aku dengan kata2..seronok, gembira, sedih, terharu, cam xcaya pn ada gk hehe
dh selamat dh kawan aku soang ni..kawan yang lain bila pulak ye..rasa baru je nakal2 kt skola dulu, tup2 dah kawen dh..cepatnya masa berlalu
kepada sahabat tercinta, Nur Afifah bt Abd Rahim..semoga perkahwinan ini memberi seribu satu kebahagiaa kepadamu..

Monday, May 24, 2010

...

dh lama aku xupdate blog nie..
kurang mood sejak2 blog aku dikontroversikan..
rindu lak nk luahkan mcam2 kt blog nie..

Sunday, April 11, 2010

Kembali...

11 April 2010
Tarikh yang mencoretkan satu lagi kenangan dalam hidup saya.. sekali fikir memang manis untuk saya. Tapi sebenarnya tidak. 11 tahun saya menanti untuk saat ini, bila tiba masa dan ketika rupanya awak dh berpunya. Nak buat macam mana. Mungkin tiada jodoh antara kita.

Pape pun saya hepi sangat sbb dalam masa 11 tahun nie, akhirnya 11 April 2010 saya boleh berborak2 dengan awak walaupun cuma di alam maya je. Tapi xpe itu pun dah cukup memadai bagi saya. Sangat terharu bila awak masih ingat panggilan kita dulu: adik-abang. Sronok bila awak nk panggil sya adik, macam dulu2. Tapi saya xnak sbb saya akan rindukan kenangan lalu. Dan awak kata saya tetap chubby macam dulu. Maknanya awak memang ingat lagi siapa saya. Walaupun saya xtahu siapa saya pada awak dahulu: kawan, adik atau lebih daripada itu, tapi saya dah anggap awak lebih dari sekadar itu. Selama ini cuma awk di hati sy. Tiada yang lain. Dari skola rendah, sekolah menengah sampai sy msuk universiti skrang nie, suma kwan rapat sy mesti tahu siapa Zakri Othman dalam hidup saya. Betapa pentingnya awak dalam hidup saya.

Awak tanya bf saya. Saya masih single lagi. Saya cuma harapkan awak. Tapi bila awak dh berpunya, saya terpaksa berundur bukan saya xnak pertahankan awak dalam hati saya, tapi saya xnak ambil awak dari hidup orang yang awak sayang. Saya sanggup undur diri dan cuba lupakan siapa awak dalam hidup saya. Saya takut nk berkawan dengan awak, sebab saya tahu saya xkan boleh ubah kenyataan yang saya dh anggap awak lebih dari seorang kawan. Mana mungkin saya boleh buat macam tu.

Awak,
saya xtahu nk coretkan macam mana perasaan saya pada awk. sy slalu mgharapkan ada jodoh antara kita. ya mengharapkan sesuatu yang xpasti, yang mungkin juga akan menyebabkan saya terluka satu hari nanti.

saya doakan awak bahagia dgn girl awak. tapi selagi tiada pape ikatan antara awak dan dia, saya masih mengharapkan awk.

Tuesday, April 6, 2010

ITULA...

aku ni manusia..
ada ati, ada perasaan
ada baik, ada jahat
jgn la ingat aku ni baek sangat
sempurna
aku bukan malaikat
aku MANUSIA BIASA
yang penuh dengan dosa
ada nafsu yang kadang2 menguasai akal
ada perasaan yang kadang2 xdapat dikawal
.
.
.
mungkin MEREKA sempurna
tidak pernah melakukan kesilapan
hanya menuding jari kepada yang lain
sedarlah diri sebelum nak kata orang lain
satu jari menuding orang lain,
4 jari tuding diri sendiri
.
.
FIKIRLAH
.
.
.
Tengok la,
dah dapat dh balasan orang yang suka menyibuk tu
so, apa persaan ang pas dapat tau suma orang ikuti perkembangan ang,
berita terkini pasai ang,
mesti BANGGA giler kn???
haha dh kena nape lak senyap,
truskan la luaskan PENGARUH JAHAT ang tu
eh silap CERAMAH AGAMA la
ampa orang baik
mana nak bawa pengaruh jahat nie

hahahahahahahaha amik ko!!!!!!
truskan bersuara sebab
KEBEBASAN BERSUARA HANYA ADA PADA AMPA
kami xmampu bersuara.....
bila kami bersuara kami dikatakan kurang adab, xtau respect other's feeling
so, kami biar je orang2 beradab and pandai respect orang je yg bersuara



p/s untuk diri sendiri:
amik pengajaran, suma yang berlaku adalah kesilapan diri sendiri. others will never respect us if we never respect others. Jangan bercakap mengenai orang lain sbb apa yang kita cakap akan dapat balasan kt diri kita sendiri. sekarang ni ALLAH BAYAR CASH kt dunia trus.
ingat fieza..ubah attitude, jgn kerana ang, orang menyalahkan semua muslimah yang baik, yang menjaga maruah, pertuturan, pergaulan..mereka xpatut disalahkan hanya kerana kesalahan ang.. BERSIHKAN HATI dan jangan berkelakuan seperti BINATANG. Tamak dengan dunia, bergaduh sesama sendiri. Terima kasih Ya ALLAH kerana menyedarkan aku dari kekhilafan ini..Terima kasih Ya ALLAH..Tunjukkan la aku JALAN yang LURUS, JALAN orang2 yang engkau REDHAI dan BUKAN JALAN mereka yang SESAT.
amin

Tuesday, March 30, 2010

#@&(%%&(#~!):?

ni blog aku kn?
ka blog org lain?
nk kena minta izin dulu ka
bru boley publish kt sini
pa motif aku tulis isi hati kt blog??
motif dia luahan hati aku la
g pn bukannye da org follow cgt pn blog aku ni

pa yg aku tulis dlm nie dh tentu2 la psal diri aku
luahan hati aku
org len boley guna teknologi
xkan la aku xboley kot
aku nk tulis pa pn hak aku la..
sibuk nape? besa bro!!

Langkah Tercipta

Semalam aku kelukaan,
kecewa kehampaan,
mencalar ketabahan.

Mimpi yang sering ku harapkan,
menjadi kenyataan,
namun tak kesampaian.

ALLAH..
inginku hentikan langkah ini,
bagaikan tak mampu untuk ku bertahan,
semangat tenggelam,
lemah daya,

Haruskah aku mengalah,
namun hati kuberbisik,
inilah dugaan.

Dan mataku kini terbuka,
pada hikmah dugaan,
uji keimanan (menguji keimanan),

Tak dilontarkannya ujian,
di luar kekuatan,
setiap diri insan.

ALLAH..
pimpinlah diriku,
tuk bangkit semula,
meneruskan langkah,
perjuangan ini,
cekalkan hati dan semangatku.

Kurniakan ketabahan,
agar mimpi jadi nyata,
PadaMU ku meminta.

Daku mohon agung kudratMU,
Wahai Tuhan yang Satu,
Segalanya dariMU.

Susahnye..

Susahnya bila ada orang yang suka masuk campur hal orang lain..
please, jgn sibok boley x?
jaga masalah mpa je, aku punya hal lantak aku la
biarkan aku dgn masalah aku
selagi aku xkacau mpa, mpa jgn kacau aku

n yang mpa terasa sangat tu pasai apa ha..
org klau xmakan cili
xkan tau macam mna rasa pedasnya cili tu..

pkir la balik wei, jgn asyik nk menuding jari salahkan orang lain
bajet diri tu perfect sangat la..
jgn pkir mpa pndai mpa boleh buat apa saja

peringatan untuk aku:
Hadis al-Bukhari dari Abu Musa al-Asy'ari, bermaksud: "Diumpamakan rakan yang soleh dan rakan yang jahat ialah seperti (berkawan) dengan penjual minyak wangi dan tukang besi. Penjual minyak wangi tidak akan mensia-siakan anda, sama ada anda membelinya atau hanya mendapat bau harumannya. Tukang besi pula boleh menyebabkan rumah anda atau baju anda terbakar, atau mendapat bau busuk."


carilah kawan yang mendatangkan kebaikan dunia dan akhirat
jgn tertipu lagi..

Saturday, March 27, 2010

mengharapkan yg pasti

Kalau padi katakan padi,
Tidak saya tertampi-tampi,
Kalau sudi katakan sudi,
Tidak saya tenanti-nanti.

Kajang Pak Malau kajang berlipat,
Kajang hamba mengkuang layu,
Dagang Pak Malau dagang bertempat,
Dagang hamba terbuang layu.


Mungkin nie la yang aku boleh gambarkan perasaan aku saat nie. Dia datang saat aku cuba melupakan, dan kemudiannya tinggalkan aku saat aku merinduinya. erm, susah nk digambarkan..
Susah sangat ke dia nk serius. Cakap hendak tapi reaction??macam xnak.
hhm aku dh xsabar menunggu..sampai bila aku harus menunggu..
Aku hanya bertanya pada sesuatu yang tiada jawapannya.

~lets time explain everythings~


Thursday, March 25, 2010

Kenangan secebis cuma



Pejam celik pejam celik, dh dekat 3 tahun study kt UiTM Merbok. Rasa macam baru masuk je, masih segar di ingatan wktu mula2 sampai UiTM. Dengan hati yg xikhlasnya nk dtg cni. Tp Alhamdulillah aku akhirnya berjaya menempuh 3 tahun nie..dh nk dapat diploma dah pn..Sronok cgt, xsabar nk sambung degree lak..


Setelah didarab, dibahagi, ditambah n ditolak cuma tinggal lebih kurang 55 hari je lagi aku kt bumi Merbok nie..Tak sabar nk tinggalkan bumi UiTM nie.
Nk tinggalkan org2 yg menjengkelkan
org2 yg hipokrit
yang baik kt depan
tapi maki kt blakang
org2 yg menyakitkan hati aku
pendek kta org2 yg mcam sial..
tau x sial..S.I.A.L
BENCI!!!BENCI!!BENCI!!

tapi bila pikir2 balik xbaik aku aku wat mcm 2..sbb aku masih ada kwn2 ketika susah dan senang, kwn2 yang nangis sama2, yang tersisih sama2, yang sama memperjuangkan kebenaran chewah ;-) (",)

fieza, zatul, anis dan dian
anis..
bg fieza anis mmg baik, apa je cubaan dan dugaan melanda, anis diam je..anis bukan jenis cepat marah, bukan nk mengutuk2 org (haha fieza je suka kutuk2 org). walaupun fieza rapat ngn anis xlama, tp mmg rasa berharga sangat..babe, thanx 4 being my one of my frens..u are my bff.

dian..
hehe dian ni mmg keras kpala cket, tp hati dian baik..satu yang fieza suka sangat pasal dian nie, dian mmg anak, kakak and adik yang baik..berbeza character dian ngn family klw nk banding bila dgn lah..mmg salute dian..family first kn? mmg klau orang xknai dian, orang akan ckp dian sombong, biar je la dian..baok kata pepatah orang putih, dont judge a book by its cover..xknal maka xcinta babe.. Dian mmg tabah sangat.. Dian, sabar ye biar la orang nk kta apa pn kt kita yang penting kita tau apa kita buat.. Orang memang xprnah nk puas ati ngn kita..biar la depa ngn ati busuk depa tu..orang macam tu cuma akan sedar bila apa yang depa buat ni jadi balik kt depa..time tu baru depa rasa apa yang kita rasa..baru sedar langit tu tinggi ke rendah.. ingat dian, what goes around comes arround..xkan slmanya kita kt bawah..

zatul,
walaupn aku bru je rapat ngan ang part5, wktu dok serumah tp rasa macam dah lma dh kwan. ayat ang yang paling aku ingat, ada aku kesah haha nseb baik la ada ang ngn 7 'org kerdil' tu. dapat gk kami berkawan ngan depa time suma org xsuka kt kami..suma sebab "kawan baik" aku..

7 orang kerdil..
sapit, naim,but, wandi, siak, pak n herry
mpa 7 mmg sempoi

hhmm kenangan mmg manis bila dikenang, tp ada gak kenangan manis yang sangat pahit bila aku kenang.. i'll miss u all soon..klau ada rezeki n jodoh kita, jumpa lagi degree nnt ye..bye2 adiyos~~

Tuesday, March 23, 2010

..............@@


cinta itu boleh diumpamakan
bagai makan sambal belacan
walau pedas
hingga mengalir airmata
masih mau dimakan jua
cinta jangan buat
macam goreng pisang
sungguh enak dimakan panas-panas
bila ia sejuk
jadi kurang enak
ho ho ho
hilang sedapnyaaaa...

Setelah sekian lama xmeluahkan rasa hati kat laman nie, kini aku kembali menulis..pantas jari jemari menari di ats keyboard..laju sekali..bukan apa, takut lupa lak apa yang nak diceritakan nnti..kini usiaku menginjak ke angka 21..kalau dulu aku takut dengan angka 2, kini aku sudah melaluinya..dan hati yang kosong ini minta diisi..
hurm berserabut cket 2 3 menjak nie..bukan sibuk apa, sibuk memikirkan hati dan perasaan..


Hadirnya insan bernama lelaki dalam hidup ini terjadi berjaya memporak porandakan hati dan fikiranku barang seketika.. Angaukah aku..haha xkot
Aku sendiri tak pasti dengan kesungguhannya..Aku minta dia mnta petujuk dari Allah..aku pn begitu..mengabdikan diri memohon petunjuk dariNya. hanya Allah tahu siapa yang terbaik uuntuk aku dan untuk dia..

Seandainya dia tercipta untukku, sesungguhnya aku berharap agar Allah memelihara hubungan kami ini.. Andai sememangnya dia untuk aku, tidak ingin aku tunggu terlalu lama untuk menghalalkan hubungan, kerana jarak dan waktu akan menyebabkan kami hanyut dalam cinta palsu..kami manusia biasa yng dikurniakan nafsu..Dan nafsu inilah yang akan menyebabkan hadirnya bayangan2 yang mungkin juga dicampuri godaan syaitan.

Dan aku adalah wanita biasa yang mengharapkan bimbingan dan dorongan dari seorang lelaki yang halal di dunia dan akhirat. Dan aku memerlukan seorang lelaki yang dapat membimbing aku mendekati agamaMu kerana aku sendiri tidak kuat untuk meneruskan hidup yang penuh berliku ini, aku risau sekiranya aku terpesong dari landasanMu..

Bimbinglah kami ya Allah..

Friday, March 12, 2010

Jodoh dan pasangan



adess dh lama xmenjengukblog nie..

bukan apa cuma terlalu busy..
samapai xsempat nk coret pape pn kt laman nie..

2 3 mnggu nie fikiran aku slalu terganggu
mentalkah aku??hahah
bukan la..
sbnrnye aku asyik berfikir, berfikir dan terus berfikir..
berfikir apa ye?
of cos la masa depan aku..
masalah sebenarnya...
erm cne ye nk tulis
cmnie lah
kebelakangan nie aku slalu je dpt berita pasal kawan2
rupa2nya ramai dh kawan aku yg sudah memasuki alam perkahwinan
semoga berbahagia kepada mereka
dan ramai juga kwn2 yg bakal menyusul
juga tahniah kepada mereka
ni la yg buat aku berfikir
bila saat itu akan berlaku kat aku ye??
hhmm ntah la
soalan yg tiada jawapannye..
mungkin deisebabkan nie Allah berikan aku ptunjuk
sambil2 melayari internet, secara kebetulan terjumpa la satu blog nie..
amat berguna kepada aku
thanks ye tuan punya blog..
i hope that all credits go to him..
thanks a lot

subhanallah..
bnyak input yang dapat aku ambil daripada artikel 2..
untuk menjadikan peringatan kepada aku dan juga berkongsi dengan kawan2 yang lain
so aku 'link'kan kt sini
sama2 la kita berkongsi ye..

http://ustaz.blogspot.com/2009/10/salah-faham-umat-islam-berkenaan-jodoh.html

Wednesday, February 24, 2010

Maulidur Rasul - Petikan Sejarah Ringkas

SEJARAH RINGKAS

Perayaan Maulidur rasul telah diasaskan oleh kerajaan Fatimiah di Mesir. Kerajaan Fatimah telah merayakan perayaan ini secara besar-besaran. Bukan hanya hari jadi Rasulullah saw sahaja yang dirayakan, tetapi juga ahli keluarga Nabi saw seperti Zainab, Hassan, Hussain (r.a.). juga dirayakan. Bahkan mereka juga merayakan kelahiran Nabi Isa as.

Walaubagaimanapun, semua perayaan ini telah dihentikan pada tahun 488 atas perintah Perdana Menteri al-Afdal Shahindah pada ketika itu yang berpegang kuat pada sunnah seperti tercatit di dalam buku Al-Kamel, karangan Ibnu Al-Atheer. Masyarakat berhenti merayakannya sehingga Al-Ma’moon Al-Bataa’ni memegang kuasa kerajaan. Beliau telah yang memulakan kembali perayaan yang telah dihentikan sebelum itu.

Apabila Kerajaan al-Ayubbiah merampas kuasa, semua perayaan telah dihentikan. Namun begitu, masyarakat tetap merayakannya dikalangan keluarga mereka di dalam rumah. Pada Abad ke 7, Putera Muzafar Al-Deen Abi Sa’d Kawakbri Ibn Zein Ed-Deen `Ali- Ibn Tabakatikin telah mewartakan perayaan Maulid Nabi di Bandar Irbil. Beliau merupakan seorang sunni. Muzafar mengambil berat akan perayaan ini sehingga memerintahkan agar persediaan seperti mendirikan khemah, menghias khemah dan pelbagai lagi dilaksanakan seawal dan sebaik mungkin. Setiap kali selepas solat Asar, Muzafar akan menyaksikan perayaan ini di dalam khemah yang telah didirikan itu.

Perayaan diadakan pada 8 Rabiulawal dan kadang-kadang 12 Rabiulawal. Sambutannya diisikan dengan pelbagai acara antaranya membaca sejarah Nabi (s.a.w.) sehinggalah kepada menghias binatang ternakan untuk disembelih kemudian diadakan jamuan besar-besaran.

Berkata Ibnu Haajj Abu Abdullah Al-Abdari, perayaan tersebut tersebar luas di seluruh Mesir pada zaman pemerintahan Putera Muzafar ini. Beliau menentang akan perayaan yang diadakan. Banyak buku telah ditulis mengenai perayan Maulidur Rasul ini antara penulisnya ialah Ibn Dahya, meniggal dunia pada 633, Muhy Ed-Deen Ibn Al-`Arabi, meniggal di Damascus pada 683, Ibn Taghrabik, meniggal di Mesir pada 670, dan Ahmad Al-`Azli dan anaknya Muhammad, meniggal di Sebata pada 670.

Oleh kerana amalan bid’ah yang banyak ketika perayaan itu, ulama’ telah berbeza pendapat akan kebolehan merayakan Maulid Nabi ini. Pendapat pertama membolehkan perayaan ini manakala pendapat yang kedua mengatakan sebaliknya. Antara yang membolehkan ialah As-Siyooti, Ibn Hajar Al-`Asqalaani dan Ibn Hajar Al-Haythmi. Walaupun mereka bersetuju dengan perayaan ini, mereka tetap membangkang aturcara ketika Maulid itu(pada zamannya).

HUKUM MAULID

Seperti yang telah diketahui, perayaan Maulidur Rasul ini merupakan satu perayaan yang kontroversi. Ulama’ berbeza pendapat akan kebolehan perayaan ini. Kita sebagai masyarakat awam tersepit antara dua pendapat. Yang mana perlu kita turuti. Sedangkan kedua-dua belah pihak terdiri daripada ulama’-ulama’ yang hebat dan tidak boleh ditolak lagi akan kewibawaan mereka. Di dalam artikel ini, akan dilampirkan kedua-dua belah hujah setakat mana yang mampu dikumpulkan. Melalui cara ini, kita dapat menilai sendiri yang manakah mempunyai hujah yang kuat. Dan insya Allah, kita akan berada di jalan yang benar.

HUJAH MEMBOLEHKAN MAULIDUR RASUL

Antara ulama’ yang menyokong akan Maulidur Rasul ialah Imam Jalaluddin Sayuti dan Sayid Ahmad bin Zaini Dahlan.

Telah berkata Imam Jalaluddin Sayuti: "Ibadat macam itu adalah bid'ah Hasanah (bid'ah baik) yang diberi pahala mengerjakannya kerana dalam amal ibadat itu terdapat suasana membesarkan Nabi, melahirkan kesukaan dan kegembiraan atas lahirnya Nabi Muhammad SAW yang mulia".

Dan berkata Sayid Ahmad bin Zaini Dahlan: “Telah berlaku kebiasaan bahawa orang apabila mendengar kisah Nabi dilahirkan, maka ketika Nabi lahir itu mereka berdiri bersama-sama untuk meghormati dan membesarkan Nabi Muhammad saw. Berdiri itu adalah hal yang mustahsan (bai) kerana dasarnya ialah membesarkan Nabi Muhammad saw dan sesungguhnya telah mengerjakan hal serupa itu banyak dari ulama-ulama ikutan umat.”

Berkata pula Syeikh Atiah Saqr: “Saya berpendapat tidak menjadi kesalahan untuk menyambut maulid. Apatah lagi di zaman ini pemuda pemudi Islam semakin lupa dengan agama dan kemuliannya. Perlu juga diingat sambutan tersebut janganlah dicemari oleh perkara-perkara haram dan bid’ah. Seperti pergaulan antara lelaki dan wanita tanpa batas. Kita juga tidak sewajarnya menjadikan sambutan ini sebagai satu tradisi yang khusus, sehingga timbul dalam kefahaman masyarakat jika sesuatu acara tidak dilansungkan maka seseorang itu dikira telah berdosa dan melanggar syariat.”

Syeikh Yusuf Qardawi juga telah memberi komen mengenai maulid ini.

Beliau berkata(ringkasan) : “Semua telah sedia maklum bahawa sahabat-sahabat Rasulullah saw tidak merayakan hari kelahiran Rasulullah saw. Ini adalah kerana mereka telah menyaksikan secara langsung setiap gerak-geri Rasulullah saw dan seterusnya ingatan terhadap Rasulullah saw itu kekal di dalam hati dan juga ingatan. Sa’d Abi Waqas mengatakan bahawa beliau begitu ghairah untuk menceritakan mengenai Rasulullah saw kepada kanak-kanak sama sepertiman keghairahan mereka mendidik anak-anak itu Al-Quran. Oleh kerana mereka sering menceritakan sejarah perjuangan Rasulullah saw, maka tidak perlulah mereka merayakan sepertimana dirayakan Maulid ar-Rasul kini.

Walaubagaimanapun, generasi terkemudian telah mula melupakan kegemilangan sejarah Islam dan kesannya. Dengan itu, perayaan Maulid Rasul ini diadakan bertujuan untuk mengingati sejarah Islam ketika Rasulullah saw masih hidup. Tetapi malangnya, Maulid Rasul ini telah bercampur dengan amalan bid’ah yang ditentang oleh Islam. Sebenarnya, meraikan hari kelahiran nabi bermakna meraikan hari kelahiran Islam.

Maka dibolehkan meraikan Maulid nabi ini dengan syarat tidak dicampur-adukkan dengan perkara-perkara bid’ah. Tetapi sebaliknya diisi dengan ceramah yang menceritakan akan sejarah Islam.”

Berikut adalah antara dalil-dalil yang menjadi hujah bagi yang membolehkan Maulid ini:

1) Allah berfirman: “maka orang yang beriman kepadanya (Muhammad saw) memuliakannya, menolongnya dan mengikuti cahaya yang terang yang diturunkan kepadanya (Al-Quran) mereka itulah yang beruntung.” - Al-Araf: 157 Keterangan: Tujuan maulud diadakan adalah untuk memuliakan Nabi Muhammad saw. Maka perayaan maulud masuk dalam umum ayat tersebut.

2) Firman Allah: “Dan ingatkanlah mereka dengan hari-hari Allah.”-Ibrahim. Ayat 5 Keterangan: Al-Baihaqi di dalam “Syakbu al-Iman” daripada Ubai bin Kaab daripada Nabi saw, sesungguhnya baginda menafsirkan ‘hari-hari Allah’ ialah hari-hari nikmat dan kurniaan Allah. Al-Alusi dalam Ruh al-Ma’ani menjelaskan lagi dengan katanya “kelahiran Nabi saw merupakan nikmat yang paling besar.”

3) Bahawasanya Nabi Muhammad saw datang ke Madinah maka beliau mendapati orang-orang yahudi berpuasa pada hari Asyura iaitu hari 10 Muharram, maka Nabi bertanya kepada orang yahudi itu: “Kenapa kamu berpuasa pada hari Asyura?” Jawab mereka: “Ini adalah hari peringatan, pada hari serupa itu dikaramkan Firaun dan pada hari serupa itu Musa dibebaskan, kami berpuasa kerana bersyukur kepada Tuhan.” Maka Nabi berkata: “Kami lebih patut menghormati Musa berbanding kamu.” – [Riwayat Bukhari dan Muslim.]

Ibnu Hajar Al-Asqalani pengarang Syarah Bukhari yang bernama Fathul Bari berkata bahawa dari hadis ini dapat dipetik hukum: - Umat Islam dibolehkan bahkan dianjurkan memperingati hari-hari bersejarah, hari-hari yang dianggap besar umpamanya hari-hari maulud, mi’raj dan lain-lain. - Nabi pun memperingati hari karamnya Firaun dan bebasnya Musa dengan melakukan puasa Asyura sebagai bersyukur atas hapusnya yang batil dan tegaknya yang hak.

4) Dalam sahih Muslim daripada Abi Qatadah al-Ansari berkata: Nabi (s.a.w.) telah ditanya tentang puasa pada hari Isnin lalu baginda bersabda: “Di hari tersebutlah aku dilahirkan dan di hari tersebut jugalah aku diutuskan.” Keterangan: Rasul saw menegaskan kelebihan hari kelahirannya berbanding hari-hari lain. Oleh itu setiap mukmin sewajarnya berlumba-lumba beramal dan bersyukur dengan kelahiran baginda saw yang membawa rahmat kepada seluruh alam.

HUJAH MENENTANG MAULIDUR RASUL

Berikut antara pendapat yang menentang bersertakan hujah mereka:

1) Nabi Muhammad saw tidak pernah merayakan atau menyuruh umatnya untuk merayakan hari kelahirannya. Nabi saw telah menekankan agar jangan memperbesarkannya sepertimana orang kristian memperbesarkan Nabi Isa as. Ini dijelaskan di dalam hadis riwayat Bukhari:

Baginda bersabda, “Jangan memperbesarkan mengenai aku seperti Kristian memperbesarkan mengenai anak Maryam. Aku hanyalah hamba, jadi katakanlah, ‘hamba Allah dan pesuruh Nya.”(Au Qoma Qol)

Apa yang telah disuruh Rasulullah saw hanyalah menyuruh umatnya menjadikan hari kelahirannya satu hari untuk beribadat yang mana berbeza dengan perayaan. Bertepatanlah dengan hadis di bawah:

Dalam sahih Muslim daripada Abi Qatadah al-Ansari berkata: Nabi (s.a.w.) telah ditanya tentang puasa pada hari Isnin lalu baginda bersabda: “Di hari tersebutlah aku dilahirkan dan di hari tersebut jugalah aku diutuskan.”

“…Dan hendaklah kamu menjauhi perkara-perkara yang diada-adakan , kerana setiap yang diada-adakan itu adalah bid’ah , dan setiap bid’ah itu adalah sesat “ . [Diriwayatkan oleh Imam Abu Daud]

2) Para sahabat Rasulullah dan juga umat Rasulullah saw pada 3 abad kemudian tidak pernah merayakannya walaupun merekalah orang yang lebih mencintai Rasulullah saw lebih dari umat terkemudian. .

Hadis Imran bin Husain r.a: Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya yang terbaik dari kalangan kamu ialah sezaman denganku, kemudian orang yang hidup selepas zaman aku, setelah itu orang yang hidup selepas mereka. Imran berkata: Aku tidak mengetahui kenapakah Rasulullah s.a.w menyebut selepas kurunnya sebanyak dua atau tiga kali. Selepas itu datang satu kaum yang di minta memberi penyaksian tetapi tidak di beri penyaksian, yang berkhianat sehingga tidak boleh dipercayai, yang suka bernazar tetapi tidak melaksanakannya dan sukakan kemewahan. Perayaan Maulid Nabi datang beberapa abad kemudian yang mana ciri-ciri Agama Islam yang sebenar sudah hilang dan bid’ah berleluasa.

3) Allah berfirman di dalam Al-Quran:

Katakanlah, "Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu, Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. "
Katakanlah, "Taatilah Allah dan Rasul-Nya; Jika kamu berpaling, maka sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang kafir". (QS. 3:31-32)

Ayat di atas menerangkan cara menunjukkan kasih sayang yang sebenar yang patut dilakukan kepada Rasulullah saw. Ayat yang pertama di atas menjelaskan bahawa cinta itu hanyalah pengakuan, tetapi buktinya ialah menuruti apa yang Rasulullah saw bawakan. Manakla ayat kedua menekankan kepentingan dalam menuruti kehendak Allah dan Rasul Nya. Allah menyudahi ayat di atas dengan ancaman yang keras bahawa sesiapa yang tidak mahu mentaati adalah kafir dan Allah tidak mencintai orang kafir.

Pada hari ini telah Kusempurnakan untuk kamu agamamu dan telah Ku-cukupkan kepadamu nikmat-Ku, dan telah Ku-ridhai Islam itu jadi agamamu. (QS. 5:3)

Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (yaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah. (QS. 33:21)

4) Kata-kata sahabat Rasulullah saw:

Huzaufah Ibnu Al-Yamaan ra berkata : "Setiap ibadah yg tidak dilakukan oleh sahabat Rasulullah saw, maka janganlah melakukannya"

Dan berkata Ibnu Mas'ud :"Ikutlah (sunnah) dan jangan menambah, dan telah cukup bagi kamu - perbuatan yg lama (kekal dengan cara lama)"

Rujukan: www.islam-qa. com
www.islamonline. com
http://www.surau. ladang.net/
http://islam. tc/ask-imam/ index.php www.bicaramuslim. com
Artikel ‘The Milaad-A Caution against Innovation’ oleh Sheikh `Abdul `Aziz bin `Abdullaah bin Baaz Tafsir Al-Quran Pimpinan Ar-Rahman

Wednesday, February 10, 2010

my BFF...



All of my life I've been waiting

for someone to trust
someone who cares
someone who known
that would always be there
someone who always would tell me the truth
even when it's the hard thing to do

Someone who always knows what to say
and when they don't they don't go away
someone who always walk by my side through the hard times

Could you be the one I want? (MY BEST FRIEND)
Could you be the one I need? MY BESTFRIEND)
All of my life don't you know I been waiting? (FOR THE BESTFRIEND)
Could you be the one I want? (MY BEST FRIEND)

If I tried couldn't find
anyone like you
anything like you
all the things you do
wonder why it's been so long
waiting for a new friend to come
but they're far between and few

Could you be the one I want? (MY BEST FRIEND)
Could you be the one I need? MY BESTFRIEND)
All of my life don't you know I been waiting? (FOR THE BESTFRIEND)
Could you be the one I want? (MY BEST FRIEND)
MY BESTFRIEND...
MY BESTFRIEND...

Could you be the one I want? (MY BEST FRIEND)
Could you be the one I need? MY BESTFRIEND)
All of my life don't you know I been waiting? (FOR THE BESTFRIEND)
Could you be the one I want? (MY BEST FRIEND)

Friday, February 5, 2010

Sabar taw..

Everyone feels pain
But surely, after suffering, satisfaction will arrive
Even in sports, studying or other deals
With life, its like that for everyone
If we can beat the pain
On the other side, a rainbow of happiness awaits us
That will definitely become a treasure
Let's believe in that

When my existence seems to disappear
I will look for the place where I can do the best I can
From now on, I'll deliberate slowly
No matter how little the matter is
I want to be a useful person to others
I won't be impatient
I won't be greedy
I won't be give up
Everyone is heading towards to their own path
By things steps by steps


Percayalah...
ALLAH lebih tahu apa yg kamu tidak tahu
Redhalah dengan ketentuanNya
Jangan mudah melatah
Yakinlah dengan qada' dan qadar
Sesungguhnya giliran kamu pasti akan tiba
Sabarlah wahai hati...

Friday, January 29, 2010

Salahkah aku...



Memandangkan sem ini adalah sem yg terakhir kt UiTM Merbok ni, aku harap aku ley wt yg terbaik untuk exam dan dpt sambung Banchelor in Accountancy..harap cgt cita2 aku akan tercapai..xsalah rasanya kalau aku meminta lebih..aku manusia biasa yang sentiasa mempunyai keinginan yang tinggi, nk sumthin' yg lbey dri slalu..tamakkah aku?? yang pastinya aku akn usaha sedaya upaya, doa dan seterusnya aku tawakkal apa sj ketentuan hidup seterusnya walau apa pn org nk kta..
sbb, bg aku Allah perintahkan supaya hamba2-Nya minta dan berdoa..

Apa yg melanda minda dan fikiran aku sekarang ni sal cinta jiwang nie..aku xtaw la cne nk ignore je benda nie..dh jd isu n topik hangat dh pn..ramai dh kawan2 aku yang kwen..dh da anak pn n in fact dorg msih lagi blajar.. tp aku xde cintan cintun agy la...dlm usia mcm nie, dlm keadaan manusia zaman sekarang aku xterlepas dari perasaan ingin disayangi dan menyayangi, dicintai dan mencintai...cemburu bila tengok burung terbang berpasangan, itik berenang berdua-duaan..sedangkan aku msih keseorangan..hurm, tp disebalik perasaan itu aku langsung xingin nk 'kapel'..aku cuma mendambakan kasih sayang seorang lelaki bernama suami..seorang yang halal untuk disayangi dan dicintai..seseorang yg dapat menemani hidup aku.seseorang yg boleh menjadikan aku sebagai syap kiri perjuangan..oh Tuhan, aku menginginkan semua ini..Tinggi cgt ke angan2 aku, impian aku..Salahkah aku andai aku mengharap semua nie..

Mungkin gk faktor sekeliling mempengaruhi perasaan dan pemikiran aku. Keluarga aku suma kawen awal..huhu dh 2 aku pn terikut2 ngn budaya 2..

Org skg ni lbey suka 'kapel' dari berkawen..mcm2 dorg ckp..xbersedia lagi la, kwen nnt nk mkn apa?mkn pasir.. hmm bg aku semua benda ni rezeki...percaya la, Allah akan tolong hamba2 yang berada di atas jalanNya..kawen lbey baek dr kapel..itu la yang aku cuba elak.. xnk kapel2 ni ha..hope that Allah give me guidance to be in the right path..

Friday, January 22, 2010

just be a Thankful person...



I asked for strenght, and ALLAH gave me difficulties to make me strong

I asked for wisdom, and ALLAH gave me problem to solve
I asked for property, and ALLAH gave me brain to work
I asked for courage, and ALLAH gave me danger to overcome
I asked for love, and ALLAH gave me troubled people to help
I asked for favour, and ALLAH gave me an opportunities
I received NOTHING I wanted but I received EVERYTHING I needed!!
It's bcz ALLAH knows what I'm really needed

p/s: Ingatlah bukan semua orang dapat apa yang diimpikan, malah bukan semua orang nak apa yang mereka dapat..

Sunday, January 17, 2010

21 Tahun...


17 Januari 2010
pada saat dan ketika ini..
bertambahlah setahun lagi usiaku
21 tahun
dan Alhamdulillah aku masih diberi nikmat untuk hidup dan merasai nikmat dan kurniaan ALLAH s.w.t
Dan ini juga bermakna makin dekat aku dengan kematian..
renungilah diri
setakat dan sekadar mana amalan sepanjang aku hidup
berapa kebaikan yang aku dh buat
ya Allah hambaMu ini masih jauh dariMu..

mungkin angka 21 merupakan angka kebebasan bagi sesetengah orang
tetapi bukan aku.
sesungguhnya aku tidak mendambakan sebarang kebebasan
kerana aku sedar aku hanya seorang hamba
ke mana aku pergi
ALLAH bersama2 aku

Kepada suma kengkawan yang wish..
tq a lot
terima kasih kerana setia menjadi sahabatku sehingga detik ini

bila dah menginjak usia 21 tahun ini
aku berharap aku boleh menjadi matang seiring dengan perubahan angka ini
tapi matang bukan sekadar pada rupa paras, dan pengalaman
malah mesti deiring seiring dengan
percakapan dan perbuatan..
walaupun begitu, aku berharap agar umor 21 akan menjadi titik tolak perubahan dalam hidup aku dari pelbagai aspek..

p/s: semoga aku mampu merealisasikan impian dan cita2 aku


Friday, January 1, 2010

Izinku berundur...

nyanyian:Slam

Sudah hukum dunia
Dalam memilih langkah
Ada kala perit adajua sebaliknya
Satu masa bersama
Tiba tika berpisah
Walau hati kta tak sepenuh rela

Bukannya ku sengaja
Timbulkan masalah
Tapi kehendaknya
Ku turut kaki melangkah
Kerna ada waktunya
Diri dapat beralah
Dan ada detiknya
Aku tak berdaya

Walau ditakdir tak dapat lagi bersama
Namun kenangan terus membara... di lubuk jiwa
Kerna tak pernah diri ini disakiti
Malah kau akan pastikan aku... tak tersisih

Oh... cuma jodoh kita tiada
Kerna aku perlu memikirkan
Mana aku, mana engkau
Tapi ku yakin kau tetap bersinar
Walau tak seiring seperti mana
Yang telah kita lewati

Aku terasa memilih cuma satu jalan
Biar keadaan sama ku sayang
Terkilanya hati namun apa daya
Itu hakikatnya
Izinku berundur...

Namun apa ku pinta
Agar di hati tak akan menyimpan
Dendam dan benci

Maaf, maafkanlah aku
Jauh di hatiku
Kau bukan seteru
Panjang umur kan bersama tapi berbeza
Yang pentingnya kita dapat
Sama-sama mencapai cita-cita hidup kita