"Ada perkara yang kamu tidak suka tetapi ia baik bagi kamu dan ada perkara yang kamu suka tetapi ia buruk bagi kamu, dan sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dan kamu tidak mengetahuinya..." (Surah al-Baqarah: ayat 216)

Sunday, January 17, 2010

21 Tahun...


17 Januari 2010
pada saat dan ketika ini..
bertambahlah setahun lagi usiaku
21 tahun
dan Alhamdulillah aku masih diberi nikmat untuk hidup dan merasai nikmat dan kurniaan ALLAH s.w.t
Dan ini juga bermakna makin dekat aku dengan kematian..
renungilah diri
setakat dan sekadar mana amalan sepanjang aku hidup
berapa kebaikan yang aku dh buat
ya Allah hambaMu ini masih jauh dariMu..

mungkin angka 21 merupakan angka kebebasan bagi sesetengah orang
tetapi bukan aku.
sesungguhnya aku tidak mendambakan sebarang kebebasan
kerana aku sedar aku hanya seorang hamba
ke mana aku pergi
ALLAH bersama2 aku

Kepada suma kengkawan yang wish..
tq a lot
terima kasih kerana setia menjadi sahabatku sehingga detik ini

bila dah menginjak usia 21 tahun ini
aku berharap aku boleh menjadi matang seiring dengan perubahan angka ini
tapi matang bukan sekadar pada rupa paras, dan pengalaman
malah mesti deiring seiring dengan
percakapan dan perbuatan..
walaupun begitu, aku berharap agar umor 21 akan menjadi titik tolak perubahan dalam hidup aku dari pelbagai aspek..

p/s: semoga aku mampu merealisasikan impian dan cita2 aku


No comments:

Post a Comment