Buat mawar-mawar mujahidah yang sedang merindui jalan menuju Allah..
SEKALI WANITA TERGODA, GUGURLAH SEKUNTUM WARDAH DI SYURGA, SEKALI WANITA TERNODA, BERDEKAH-DEKAHLAH SYAITAN DI NERAKA.
Rasulullah s.a.w dan generasi itu telah tiada! Lama sudah mereka berlalu meninggalkan kita.
Muhammad, kekasih Ilahi. Baginda berjalan selangkah demi selangkah, meniti hari. Bermula daripada seorang diri, menyampaikan dakwah secara sembunyi-sembunyi. Bukannya Baginda tidak berani dan takut mati, namun itulah tertib wahyu ketika itu, strategi Rabbi.
Ucapan Baginda tidak lahir dari nafsu melainkan wahyu yang suci. Ucapan yang hikmah dari kalbu yang jernih disambut oleh hati yang bersih dan jiwa yang fitri. Dimulainya mengajak manusia kepada Islam dengan menjernihkan fikrah, pendekatan akal, pemahaman dan menyentuh hati sanubari. Juga dengan jalan hujah dan keteranagan, dengan hikmah dan pengajaran penuh seni.
Bila mana ada perdebatan dirungkaikan dengan baik dan menambat hati. Bila mana mendapat tekanan, rintangan serta siksaan berlaku sabar dan melontarkan doa kasih nan sejati. Firman Allah s.w.t yang bermaksud:
(Surah an-Nahlu:125)
Dengan rahmat dan kurnia Ilahi, seorang demi seorang ikut menyertai, dari golongan bangsawan mulia hingga hamba sahaya tidak terkecuali. Lalu, terbentuklah jemaah Islam pertama, jemaah Rasulullah dan para sahabi. Jemaah baharu itu masih sangat kecil dan merupakan ghuroba’(orang-orang yang asing) di Mekah,
Golongan ghuroba’ inilah yang kelihatan berjalan perlahan-lahan dan lambat, akhirnya menjadi kelompok yang mulia, gah, izzah dan menjadi generasi terbaik umat ini. Mereka tidak punya apa-apa, melainkan jiwa yang sarat keyakinan, jalan dakwah terus berkembang dan panjinya berkibar tinggi.
Jalan dakwah inilah jalan yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w sehingga Islamlah seluruh jazirah Arab, demikian pula Parsi dan Romawi, mencabut jahilliah dari akar umbi.
Sabda Rasulullah s.a.w:
“Ingatlah bahawa Islam itu berputar, maka berputarlah kamu bersama Islam ke mana saja ia berputar. Ketahuilah bahawasanya penguasa dan al-Quran akan berpisah, maka janganlah kamu berpisah dari al-Quran.”
Duhai akhawat sayangfillah, si mawar mujahidah, ketahuilah…
Dalam langkah hidup ini, hanya ada dua jalan yang salah satunya perlu ditempuhi. Kita yang memilih jalan kita sendiri. Kalau kita tidak memilih jalan menuju Allah, pasti kita akan melangkah di jalan yang menuju kecelakaan diri sendiri itulah jalan syaitan, nafsu, syahwat dan duniawi. Jalan keimanan itulah jalan Ilahi dan jalan kesesatan itilah jalan iblisi.
Orang yang berjalan di atas jalan Ilahi sentiasa berusaha mensucikan jiwa dan hati sementara orang yang berjalan di jalan iblisi, tiada sensitivity dalam mengotori dan menodai ahti.
Masing-masing berusaha dan masing-masing bergerak, meniti waktu dan hari, mendekati mati. Akhirnya, masing-masing kerdil menghadap Ilahi. Sudah tentu di
Tanyalah diri, mahukah kita mencampakkan diri ke lembah kehinaan pada saat betemu Rabbi? Atau meletakkan diri ke darjat yang tinggi? Sudah tentu jawapan kita mengimpikan tempat di sisi Ilahi.
Namun, adakah sama orang yang sekadar berangan-angan tetapi tidak mempunyai persiapan yang serius untuk menghadap-Nya? Berapa ramai orang yang sanggup manjual harta dan dirinya demi membeli redha Allah? Sungguh, manusia lupa saat perjumpaan itu!
Zaman berganti zaman, Islam asing (gharib) kali kedua, hati-hati yang jernih fikrahnya menjadi ghuroba’. Golongan ini sedikit sekali kerana golongan ini sering mendapat tapisan demi tapisan dari Ilahi sehingga yang tinggal hanyalah orang-orang yang benar-benar ikhlas dengan-Nya.
Adakah amalan dan akhlak kita melayakkan diri kita termasuk dalam golongan ghuroba’ ini? Mungkinkah kelalaian kita yang berterusan ini akan menyebabkan kita turut tertapis dari jalan ini? Nauzubillah!
Ya Allah, bantulah kami untuk tetap layak berada di atas jalan-Mu. Jangan sekali-sekali Kau menapis kami dari jalan-Mu kerana kelalaian kami sendiri untuk mengubat hati dan mengubah sahsiah diri. Amin…
(Dipetik dari:Tautan Hati karya Novelis Sayembara Novel Remaja Jubli Emas DBP 2006, Fatimah Syarha Mohd. Noordin keluaran Telaga Biru)
No comments:
Post a Comment