sedikit mengecewakan tapi xpe la
i face it dgn pnuh redha..
Aku hanya merancang
Alla jua menentukan
kupasrah pada ujian
biarpun datang menghujan,
Hikmah seiringan,
untuk kufikirkan
Biar segeetir mana ujian melanda,
Biar berjaya atau kecewa,
Baik suka atau terluka,
kuterima dengan hati terbuka,
Kerana memang
BEGITU KEHENDAKMU
Kuyakini itulah yang terbaik dari-Nya,
Buatku seorang hamba,
Hanya Dia mengetahui segalanya
********************************************
Tidak mahu kutewas
Biar menggunung
BADAI
menghempas
Tidak mahu kuterus menangis
lantaran pujukan-Mu cukuo manis
" Janganlah kamu bersikap lemah dan
janganlah pula kamu bersedih hati,
padahal kamulah orang yang paling
tinggi darjatnya, jika kamu orang
yang beriman" (Ali-Imran:139)
****************************************
Ayat 1000 Dinar
Surah at-Talaq:2-3
"Dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhan-Nya dan meninggalkan larangan-Nya) nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya) serta memberikannya rezeki dari jalan yang tidak terlintas dari hatinya. Dan (ingatlah) sesiapa yang berserah dirinya kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segalanya yang dikehendakiNya. Allah telah pun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.
No comments:
Post a Comment