"Ada perkara yang kamu tidak suka tetapi ia baik bagi kamu dan ada perkara yang kamu suka tetapi ia buruk bagi kamu, dan sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dan kamu tidak mengetahuinya..." (Surah al-Baqarah: ayat 216)

Saturday, July 31, 2010

Happy Birthday mak...

31 Julai 2010

Ini adalah tarikh untuk besday mak saya...Tapi saya xhadiahkan apa2 pn melainkan sebuah ucapan..terkilan???erm da la jugak sikit..nk tau x, family saya bukan menyambut hari lahir macam family lain..ada parti, buat mkn2, potong2 kek..just a simple family..

tapi besday mak kali ni buat aku sedikit pening..kenapa???ya kenapa..mak buat permintaan..permintaan apa???nak menantu la..minta la hadiah lain, saya akan cuba tunaikan..menantu??mana nak cari..mak, bukan je menantu malah bakal menantu pun kak xboleh bagi..

umur saya 21 tahun..masih muda kan?seumur hidup saya, saya xpernah ada 'boyfriend' macam orang lain...xlaku ke saya nie???erm mungkin jugak..hehe tapi bila ada yang nak, saya pulak xnak..xtau la kenapa tp susah sikit saya nk serahkan hati saya pada org..

ishh xkan la xpernah suka kat org kot??erm mmg la pernah tp setakat admire dari jauh je..tengok dia bahagia dah cukup...tp kalau dia xbahagia??xkan aku pulak nk tersua-sua cakap aku suka dia..ish biarlah

mesti ramai org ckp, dh suka show ur luv la..nnt gigit jari kot..ntah la, saya bukannya berani nak meluahkan apa yang terbuku di hati..saya lebih senang simpan sendiri..pendam dan terus pendam..sampai bila??saya pn xtau..no answer for that question..

________________________________________________

ramai kawan saya dah kawen..ada yg dah ada anak..xjeles ke??ada la jugak perasaan jeles tu..tp apa boleh saya buat..ajal, maut, jodoh, pertemuan semua kat "tangan" Allah..ye saya tau kita kena berusaha jugak..tapi macam mn??xkan la nk buat banner besar2 tepi jalan pulak..or pergi agensi cari jodoh haha macam xrasional pulak

saya pun dh xtau nak cakap apa dh..nak berceloteh pn xde idea..
aduiiii niat sebenar nk bercerita psal besday mak dh melalut ke agensi cari jodoh pulak..

ok la dah xda mood nak bercerita..xnak pikir sal kawen lg..yg penting sy nk dpatkn dgree dulu then keje..klau dalam masa tu dh smai seru saya utk mendirikan rumah tangga, then i will..

hehehe bye2

Wednesday, July 21, 2010

dah lama dah



aku rindukan blog aku nie..dah lama
x meng'update' dan meng'edit'.

sabar ye blog..
i'll make sure u cantik seperti sedia kala tau..

(^_^)+(^_-) = (",)

...miss miss miss u so damn much...

Saturday, May 29, 2010

walimatul urus..



29 Mei 2010

Kenduri kawen kawan baik aku..erm susah digambarkan perasaan aku dengan kata2..seronok, gembira, sedih, terharu, cam xcaya pn ada gk hehe
dh selamat dh kawan aku soang ni..kawan yang lain bila pulak ye..rasa baru je nakal2 kt skola dulu, tup2 dah kawen dh..cepatnya masa berlalu
kepada sahabat tercinta, Nur Afifah bt Abd Rahim..semoga perkahwinan ini memberi seribu satu kebahagiaa kepadamu..

Monday, May 24, 2010

...

dh lama aku xupdate blog nie..
kurang mood sejak2 blog aku dikontroversikan..
rindu lak nk luahkan mcam2 kt blog nie..

Sunday, April 11, 2010

Kembali...

11 April 2010
Tarikh yang mencoretkan satu lagi kenangan dalam hidup saya.. sekali fikir memang manis untuk saya. Tapi sebenarnya tidak. 11 tahun saya menanti untuk saat ini, bila tiba masa dan ketika rupanya awak dh berpunya. Nak buat macam mana. Mungkin tiada jodoh antara kita.

Pape pun saya hepi sangat sbb dalam masa 11 tahun nie, akhirnya 11 April 2010 saya boleh berborak2 dengan awak walaupun cuma di alam maya je. Tapi xpe itu pun dah cukup memadai bagi saya. Sangat terharu bila awak masih ingat panggilan kita dulu: adik-abang. Sronok bila awak nk panggil sya adik, macam dulu2. Tapi saya xnak sbb saya akan rindukan kenangan lalu. Dan awak kata saya tetap chubby macam dulu. Maknanya awak memang ingat lagi siapa saya. Walaupun saya xtahu siapa saya pada awak dahulu: kawan, adik atau lebih daripada itu, tapi saya dah anggap awak lebih dari sekadar itu. Selama ini cuma awk di hati sy. Tiada yang lain. Dari skola rendah, sekolah menengah sampai sy msuk universiti skrang nie, suma kwan rapat sy mesti tahu siapa Zakri Othman dalam hidup saya. Betapa pentingnya awak dalam hidup saya.

Awak tanya bf saya. Saya masih single lagi. Saya cuma harapkan awak. Tapi bila awak dh berpunya, saya terpaksa berundur bukan saya xnak pertahankan awak dalam hati saya, tapi saya xnak ambil awak dari hidup orang yang awak sayang. Saya sanggup undur diri dan cuba lupakan siapa awak dalam hidup saya. Saya takut nk berkawan dengan awak, sebab saya tahu saya xkan boleh ubah kenyataan yang saya dh anggap awak lebih dari seorang kawan. Mana mungkin saya boleh buat macam tu.

Awak,
saya xtahu nk coretkan macam mana perasaan saya pada awk. sy slalu mgharapkan ada jodoh antara kita. ya mengharapkan sesuatu yang xpasti, yang mungkin juga akan menyebabkan saya terluka satu hari nanti.

saya doakan awak bahagia dgn girl awak. tapi selagi tiada pape ikatan antara awak dan dia, saya masih mengharapkan awk.

Tuesday, April 6, 2010

ITULA...

aku ni manusia..
ada ati, ada perasaan
ada baik, ada jahat
jgn la ingat aku ni baek sangat
sempurna
aku bukan malaikat
aku MANUSIA BIASA
yang penuh dengan dosa
ada nafsu yang kadang2 menguasai akal
ada perasaan yang kadang2 xdapat dikawal
.
.
.
mungkin MEREKA sempurna
tidak pernah melakukan kesilapan
hanya menuding jari kepada yang lain
sedarlah diri sebelum nak kata orang lain
satu jari menuding orang lain,
4 jari tuding diri sendiri
.
.
FIKIRLAH
.
.
.
Tengok la,
dah dapat dh balasan orang yang suka menyibuk tu
so, apa persaan ang pas dapat tau suma orang ikuti perkembangan ang,
berita terkini pasai ang,
mesti BANGGA giler kn???
haha dh kena nape lak senyap,
truskan la luaskan PENGARUH JAHAT ang tu
eh silap CERAMAH AGAMA la
ampa orang baik
mana nak bawa pengaruh jahat nie

hahahahahahahaha amik ko!!!!!!
truskan bersuara sebab
KEBEBASAN BERSUARA HANYA ADA PADA AMPA
kami xmampu bersuara.....
bila kami bersuara kami dikatakan kurang adab, xtau respect other's feeling
so, kami biar je orang2 beradab and pandai respect orang je yg bersuara



p/s untuk diri sendiri:
amik pengajaran, suma yang berlaku adalah kesilapan diri sendiri. others will never respect us if we never respect others. Jangan bercakap mengenai orang lain sbb apa yang kita cakap akan dapat balasan kt diri kita sendiri. sekarang ni ALLAH BAYAR CASH kt dunia trus.
ingat fieza..ubah attitude, jgn kerana ang, orang menyalahkan semua muslimah yang baik, yang menjaga maruah, pertuturan, pergaulan..mereka xpatut disalahkan hanya kerana kesalahan ang.. BERSIHKAN HATI dan jangan berkelakuan seperti BINATANG. Tamak dengan dunia, bergaduh sesama sendiri. Terima kasih Ya ALLAH kerana menyedarkan aku dari kekhilafan ini..Terima kasih Ya ALLAH..Tunjukkan la aku JALAN yang LURUS, JALAN orang2 yang engkau REDHAI dan BUKAN JALAN mereka yang SESAT.
amin

Tuesday, March 30, 2010

#@&(%%&(#~!):?

ni blog aku kn?
ka blog org lain?
nk kena minta izin dulu ka
bru boley publish kt sini
pa motif aku tulis isi hati kt blog??
motif dia luahan hati aku la
g pn bukannye da org follow cgt pn blog aku ni

pa yg aku tulis dlm nie dh tentu2 la psal diri aku
luahan hati aku
org len boley guna teknologi
xkan la aku xboley kot
aku nk tulis pa pn hak aku la..
sibuk nape? besa bro!!

Langkah Tercipta

Semalam aku kelukaan,
kecewa kehampaan,
mencalar ketabahan.

Mimpi yang sering ku harapkan,
menjadi kenyataan,
namun tak kesampaian.

ALLAH..
inginku hentikan langkah ini,
bagaikan tak mampu untuk ku bertahan,
semangat tenggelam,
lemah daya,

Haruskah aku mengalah,
namun hati kuberbisik,
inilah dugaan.

Dan mataku kini terbuka,
pada hikmah dugaan,
uji keimanan (menguji keimanan),

Tak dilontarkannya ujian,
di luar kekuatan,
setiap diri insan.

ALLAH..
pimpinlah diriku,
tuk bangkit semula,
meneruskan langkah,
perjuangan ini,
cekalkan hati dan semangatku.

Kurniakan ketabahan,
agar mimpi jadi nyata,
PadaMU ku meminta.

Daku mohon agung kudratMU,
Wahai Tuhan yang Satu,
Segalanya dariMU.

Susahnye..

Susahnya bila ada orang yang suka masuk campur hal orang lain..
please, jgn sibok boley x?
jaga masalah mpa je, aku punya hal lantak aku la
biarkan aku dgn masalah aku
selagi aku xkacau mpa, mpa jgn kacau aku

n yang mpa terasa sangat tu pasai apa ha..
org klau xmakan cili
xkan tau macam mna rasa pedasnya cili tu..

pkir la balik wei, jgn asyik nk menuding jari salahkan orang lain
bajet diri tu perfect sangat la..
jgn pkir mpa pndai mpa boleh buat apa saja

peringatan untuk aku:
Hadis al-Bukhari dari Abu Musa al-Asy'ari, bermaksud: "Diumpamakan rakan yang soleh dan rakan yang jahat ialah seperti (berkawan) dengan penjual minyak wangi dan tukang besi. Penjual minyak wangi tidak akan mensia-siakan anda, sama ada anda membelinya atau hanya mendapat bau harumannya. Tukang besi pula boleh menyebabkan rumah anda atau baju anda terbakar, atau mendapat bau busuk."


carilah kawan yang mendatangkan kebaikan dunia dan akhirat
jgn tertipu lagi..

Saturday, March 27, 2010

mengharapkan yg pasti

Kalau padi katakan padi,
Tidak saya tertampi-tampi,
Kalau sudi katakan sudi,
Tidak saya tenanti-nanti.

Kajang Pak Malau kajang berlipat,
Kajang hamba mengkuang layu,
Dagang Pak Malau dagang bertempat,
Dagang hamba terbuang layu.


Mungkin nie la yang aku boleh gambarkan perasaan aku saat nie. Dia datang saat aku cuba melupakan, dan kemudiannya tinggalkan aku saat aku merinduinya. erm, susah nk digambarkan..
Susah sangat ke dia nk serius. Cakap hendak tapi reaction??macam xnak.
hhm aku dh xsabar menunggu..sampai bila aku harus menunggu..
Aku hanya bertanya pada sesuatu yang tiada jawapannya.

~lets time explain everythings~