"Ada perkara yang kamu tidak suka tetapi ia baik bagi kamu dan ada perkara yang kamu suka tetapi ia buruk bagi kamu, dan sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dan kamu tidak mengetahuinya..." (Surah al-Baqarah: ayat 216)

Friday, October 8, 2010

INTERVIEW

Dah lama xmenulis dan meluahkan perasaan dekat blog nie.. fobia sebenarnya, takut nanti apa yang fieza tulis dijadikan isu..niat fieza cuma nak meluahka perasaan tetapi ada sesetengah pihak yang cuba menjadikan tulisan fieza sebagai isu.. terasa DOWN yang teramat sangat...thats why la, dah lma fieza menyepi..

erm ok la berbalik kepada title kat atas tu..INTERVIEW. Dalam masa 4 bulan nie, alhamdulillah fieza dah dapat belanja duit hasil titik peluh fieza sendiri, walaupun xbergaji lumayan mahupun berkedudukan besar..3 bulan sebagai kerani and currently i'm an operator..actually i'm enjoy myself..pengalaman yang sangat berharga dalam hidup fieza..dan fieza dah xda masa nak 'berperang' kt dapur..hehe rindu la..kadang2 ja fieza boleh memasak..


Mggu lepas (1 October 2010) fieza ada interview..dan fieza memang attended for that interview..tempatnya kt Pulau Tikus utk jawatan Eksekutif Pemasaran dekat Ambank. Sesat jugak la masa pusing2 Penang nak cari Bangunan Ambank tu. dan alhamdulillah fieza dapat post tu. but i'm refuse to go..entah la kenapa..fieza takut sebenarnya.

Balik dari interview tu fieza trus apply jobstreet..xbanyak la vacancies dekat utara nie..tp fieza apply jugak even vacancy tu kt selangor n kl..n within 3 days je fieza dah dpt 3 panggilan temuduga..Alhamdulillah, murah rezeki..dan sekarang dah 4 interview yang fieza kena attend..tu pun fieza dh reject banyak interview.

Dan yang merunsingkan fieza ni macam mana fieza nk attend interview tu..sbb sumanya dekat selangor dan kl. fieza sertakan alamat kt sini ye..

HSBC BANK
12th floor BANGUNAN HSBC
No 12 Lebuh Ampang
tarikh: 18/10/2010
masa: 9.00pg
Post: Bank Clerk

Purple Box Sdn. Bhd
No 12 Jalan Kemuning Prima
C33/C Kemuning Utama,
Shah Alam
tarikh:18/10/2010
masa:2.30ptg
Post: Account Clerk/Account Assistant

MyKris Asia Sdn Bhd
L06-10 No 11 Lebuh Bandar Utama
Bnadar Utama PJU6,
Petaling Jaya
tarikh:19/10/2010
masa:9.00 pg
Post: Account Assistant

Agensi Pekerjaan Prospect Bright
No 18 2nd floor
Jln 14/14 Petaling Jaya
tarikh: 19/10/2010
masa:2.30 ptg
Post: Account Officer

Fieza harap dapat attend keempat-empat interview dan antara 4 ni fieza dapat 1 kerja..Doakan fieza ye suma

Friday, September 24, 2010

hati

hati...
sukar diramal..sukar diteka..sukar dipasti
selalu berbolak dek kerana keinginan nafsu yang membuak-buak
atau mungkin juga kerana desakan iman yang menggunung
alangkah indah jika hati dibimbing dengan hidayah dari Nya
setiap tindakan dan perlakuan kita direstuiNya

ya Allah, bimbinglah hatiku mendekatiMu
ya Rabbi, jodohkanlah aku kepada orang yang mencintaiMu
agar bertambah cintaku kepadaMu
amin..

Tuesday, September 14, 2010

Boleh tak kalau saya nak kawen awal?

Boleh tak kalau saya nak kawen awal??
Kenapa orang akan kata kita gatal kalau nk kawen awal. Salah ke? aku xnmpak pn apa salahnya..hmm mungkin takut org muda xmampu or lebih tepat lg xbersedia nak pikul tanggungjawab? tapi aku tak rasa itu sebagai satu alasan..

Aku slalu search doa2 untuk cepatkan jodoh.. Jeles bila tengok kawan2 baik akudah kawen. have their own family. ada suami sebagai pelindung, pembimbing, yang sangat2 aku harapkan untuk jadi tempat aku berpaut saat aku rapuh di tengah jalan. Ingin aku jadi sayap kiri perjuangan suami mithali, yang boleh bimbing aku di dunia dan akhirat.

Tengah2 search kt internet aku jumpa doa nie. Jom kita sama2 amalkan doa nie..Moga Allah makbulkan doa kita. Amin

Do'a Mohon Jodoh dan Keturunan yang Baik



Artinya: "Ya Tuhanku, janganlah Engkau membiarkan aku hidupku seorang diri, dan Engkaulah pewaris yang paling baik." (QS. Al-Anbiyai': 89).



Artinya: "Ya Tuhanku, berilah aku dari sisi-Mu seorang anak yang baik. Sungguh Engkau Maha Pendengar doa." (QS. Ali 'Imron: 38).

Penjelasan:
Doa di atas baik sekali dibaca oleh orang-orang yang belum mempunyai keturunan dan pasangan hidup. Juga baik sekali dibaca oleh setiap muslim agar diberi keturunan yang shalih.
Kedua ayat diatas merupakan doanya Nabi Zakariya a.s. agar diberi keturunan sebagai pelenjut perjuangannya menegakkan agama Allah. Kisah Nabi Zakaria bisa dilihat dalam Al-Our'an Surah Al-Anbiya' ayat, 89-90; Ali-'Imron, 38-41.

ni pulak doa nk cepatkan jodoh dan doa putus cinta (kecewa/patah hati)

nak dapatkan lebih doa boleh la beli buku Ikhtiar Penyembuh Penyakit oleh Tuan Guru Dato Dr Haron Din, terbitan Darussyifa’.



Monday, September 13, 2010

Friday, September 3, 2010

paksaan

ini satu PAKSAAN...
aku xmau p la even tu hotel 7 star skalipun
aku xrasa rugi langsung
yes AT ALL

BENGANG!!!!!!!!!

Tuesday, August 17, 2010

Impian..

entah kenapa tiba2 je mood nak mengarang, berceloteh, bercerita kembali..mungkin sebab boring duduk rumah seharian tanpa sebarang aktiviti kot..actually aku demam hari ni..MC dan xpergi keje..asyik tido je memanjang..

Ok kembali kepada cerita asal..
Dalam hidup ini, macam2 aku nak buat. Dan ada yang sudah tercapai, ada juga masih di awang-awangan menanti impian direalisasikan.

Aku masih keliru dengan hala tuju hidup nie. Semua aku nak buat, itu nak ini nak...

Dulu masa kecik2 aku nak jadi peguam, ye la masa tu aku petah berkata-kata. Berani berhadapan dengan orang. Ligat atas stage. Tapi lama-kelamaan aku jadi pasif, dan cita2 itu hanya berkubur di situ.

Lepas tu aku nak jd doktor, tp masa form 4 aku cuma duduk 3 bulan je kt kelas sains.Lepas tu baru aku sedar yang aku xminat tu semua.Aku beralih ke bidang perakaunan, tapi xpernah bercita2 nak terus smbung bidang nie. sebabnya??aku nak menyambung pengajian ke Timur Tengah.

After SPM aku bersemangat nak sambung pengajian ke Mesir.aku pn amik STAM. Nekad xnak apply u walaupun masa tu orang suma kalut n sibuk2 nak apply u. Aku cuma nak tumpukan pelajaran dekat STAM dan lanjutkan pelajaran ke Mesir dalam bidang Syariah. tapi last minute aku apply u jugak, ye la nk cuba nasib.

and siapa tahu bukan rezeki aku nk jejakkan kami kat bumi anbiya' tu. lastly, aku terima tawaran untuk smbung pengajian kt UiTM kos Diploma Perakaunan. tapi itu xmematahkan semangat aku. Sampai sekarang, aku masih bercita-cita nak sambung Syariah. Entah akan tercapai atau pn tidak aku pun xtau.

Aku dah apply spa8, pakai SPM. kan best kalau aku dapat as a pembantu syariah. seronok kalau dapat.sekurang2nya one of my dreams akan jadi kenyataan.

tapi xpe la rezeki di tangan Allah, yang penting aku dah berusaha.

Cuma yang masih membelenggu diri aku nie, aku nak berubah. Nak pakai macam dulu, masa kt Maktab Mahmud. bertudung labuh. manis je macam tu. selamat dari sebarang gangguan.. tapi aku xkuat nak melakukan perubahan. Ya Allah bantulah hambaMu ini, keluarkan aku dari kejahilan dunia nie. Allah, xingin aku berasa selesa dengan maksiat. Tetapkanlah hatiku ini di atas jalanMu.

Impian aku yang sangat besar dan bermakna dalam hidup aku ialah dikurniakan suami yang soleh, yang taat pada perintah Allah, yang dapat membimbing aku dan zuriatku supaya tetap dijalanMu, yang dapat menjadi imam dalam hidupku.
Firman ALLAH S.W.T: Perempuan yang jahat untuk lelaki jahat, dan perempuan yang baik untuk lelaki yang baik.

apa yang dapat aku simpulkan kt sini, kalau aku nak seorang suami yang baik, aku mesti cuba menjadi yang terbaik.
amin ya rabbal a'lamin.

Saturday, July 31, 2010

Happy Birthday mak...

31 Julai 2010

Ini adalah tarikh untuk besday mak saya...Tapi saya xhadiahkan apa2 pn melainkan sebuah ucapan..terkilan???erm da la jugak sikit..nk tau x, family saya bukan menyambut hari lahir macam family lain..ada parti, buat mkn2, potong2 kek..just a simple family..

tapi besday mak kali ni buat aku sedikit pening..kenapa???ya kenapa..mak buat permintaan..permintaan apa???nak menantu la..minta la hadiah lain, saya akan cuba tunaikan..menantu??mana nak cari..mak, bukan je menantu malah bakal menantu pun kak xboleh bagi..

umur saya 21 tahun..masih muda kan?seumur hidup saya, saya xpernah ada 'boyfriend' macam orang lain...xlaku ke saya nie???erm mungkin jugak..hehe tapi bila ada yang nak, saya pulak xnak..xtau la kenapa tp susah sikit saya nk serahkan hati saya pada org..

ishh xkan la xpernah suka kat org kot??erm mmg la pernah tp setakat admire dari jauh je..tengok dia bahagia dah cukup...tp kalau dia xbahagia??xkan aku pulak nk tersua-sua cakap aku suka dia..ish biarlah

mesti ramai org ckp, dh suka show ur luv la..nnt gigit jari kot..ntah la, saya bukannya berani nak meluahkan apa yang terbuku di hati..saya lebih senang simpan sendiri..pendam dan terus pendam..sampai bila??saya pn xtau..no answer for that question..

________________________________________________

ramai kawan saya dah kawen..ada yg dah ada anak..xjeles ke??ada la jugak perasaan jeles tu..tp apa boleh saya buat..ajal, maut, jodoh, pertemuan semua kat "tangan" Allah..ye saya tau kita kena berusaha jugak..tapi macam mn??xkan la nk buat banner besar2 tepi jalan pulak..or pergi agensi cari jodoh haha macam xrasional pulak

saya pun dh xtau nak cakap apa dh..nak berceloteh pn xde idea..
aduiiii niat sebenar nk bercerita psal besday mak dh melalut ke agensi cari jodoh pulak..

ok la dah xda mood nak bercerita..xnak pikir sal kawen lg..yg penting sy nk dpatkn dgree dulu then keje..klau dalam masa tu dh smai seru saya utk mendirikan rumah tangga, then i will..

hehehe bye2

Wednesday, July 21, 2010

dah lama dah



aku rindukan blog aku nie..dah lama
x meng'update' dan meng'edit'.

sabar ye blog..
i'll make sure u cantik seperti sedia kala tau..

(^_^)+(^_-) = (",)

...miss miss miss u so damn much...

Saturday, May 29, 2010

walimatul urus..



29 Mei 2010

Kenduri kawen kawan baik aku..erm susah digambarkan perasaan aku dengan kata2..seronok, gembira, sedih, terharu, cam xcaya pn ada gk hehe
dh selamat dh kawan aku soang ni..kawan yang lain bila pulak ye..rasa baru je nakal2 kt skola dulu, tup2 dah kawen dh..cepatnya masa berlalu
kepada sahabat tercinta, Nur Afifah bt Abd Rahim..semoga perkahwinan ini memberi seribu satu kebahagiaa kepadamu..

Monday, May 24, 2010

...

dh lama aku xupdate blog nie..
kurang mood sejak2 blog aku dikontroversikan..
rindu lak nk luahkan mcam2 kt blog nie..