"Ada perkara yang kamu tidak suka tetapi ia baik bagi kamu dan ada perkara yang kamu suka tetapi ia buruk bagi kamu, dan sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dan kamu tidak mengetahuinya..." (Surah al-Baqarah: ayat 216)

Wednesday, September 16, 2009

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1430h


Di kesempatan ini, ingin sekali aku mengucapkan Selamat hari raya Aidilfitri kepada semua kawan2, sanak saudara, kaum kerabat dan sesiapa shj yg mengenali diri ini..10 jari ku susun dan jutaan kemaafan andai ada kesilapan dan kesalahan sama ada secara sengaja atau tidak. terpukul, termarah, tersungging perasaan, terkata, terkutuk n suma ter la, aku minta maaf...sesungguhnya diri ni tidak terlepas daripada melakukan kekhilafan..
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN


tapi jangan seronok raya ja..sepanjang bulan Ramadhan ni, berapa bnyak amalan kita kn? ye la mn la kita taw kita akan berjumpa Ramadhan tahun depan or not..mungkin ini Ramadhan yang terakhir dalam hidup kita..who knows??erm, kna muhasabah diri aku blek nih..

and 1 more thing, raya ke4 nnt da tour kt umah aku..maknanya kwn2 akn ke rumah aku la..heh Suma warga 4th gen Maktab Mahmud Yan dijemput hadir bagi memeriahkan lagi majlis kita ni...

TOUR EIDILFITRI 4thGEN 1430

Tarikh : RAYA KE-4 (rabu)
Masa : 10.00 am
Tempat : Rumah HAFIZAH, PANTAI MERDEKA
(rumah aku la 2)
Bayaran : RM 5.00

Cara sertai:
- gerak dan berkumpul di SP bermula pkol 10.00 am
- contact Hafizah
- antum akan di bawa ke tempat majlis*

*-bagi yg ada kenderaan sndiri, akan dbagitau jln ke sana

-bagi yg xda kenderaan, akan diambil oleh kwn2 yg ada kenderaan
-bagi yg lewat, datang ja, bagitau antum kt mana, then janji semula utk join.

lastly, haruslah diingatkan supaya tidak bermain mercun ye..merbahaya 2 dek..jgn lak kta xmeriah klw xde mercun..meriahnya bukan pada mercun 2 tp terletak kepada diri kita sendiri.. k la...huh sebenarnya waktu aku kecik dulu, xsah raya tanpa mercun tp bila dah besar ni da kesedaran diri dah...ayah pn dah xnak beli dah benda2 tu suma..dah r membazir, bising lak 2..orang len sibuk berterawih, xkn kita nk buat bising lak kn?mengganggu je...ermmmm

lastly, selamat hari raya sekali lagi ('<')

Monday, September 14, 2009

Tazkirah diri..

R E N U N G A N

1)Dari bujang - kahwin no 1 - no 2 - dll

2)Dari pakai moto kapcai - kancil - wira - Honda - seterusnya

3) Badminton - Golf

4) Rumah sewa - rumah murah - rumah teres - bungalow

5) Technician - supervisor - engineer - manager

6) Tv 14' - 21'- 29' - home theather

7) Sg danga - Tanjung leman - Langkawi - Hadnyai - Bangkok

8) Dalam semua segi kita mau kan perubahan ke arah yang lebih baik dan glamour...

9) memancing kat parit/longkang - sungai - kolam (bayar punye) - laut dalam (sewa bot mewah)- kalong

...T E T A P I...

KITA JANGAN LUPA...

SEMAKIN BANYAK KTA KECAPI KEJAYAAN,

SEMAKIN HAMPIRLAH SAAT KEMATIAN KITA...

DITAKUTI SEMAKIN BERJAYA, KITA SEMAKIN

LUPA, SEMUA YANG KITA

DAPAT ADALAH PEMBERIAN TUHAN...'ON LOAN'...

SETIAP KALI KITA BUAT ACTION PLAN ATAU BUAT REVISION,

BERAPA BANYAKKAH KITA MASUKKAN ITEM-ITEM YANG

MEMBAWA KE ARAH 'PERSEDIAAN UNTUK MATI'

Umpamanya:

1) tak sembahyang - pastikan sembahyang - jadikan amalan

2) banyak maksiat - kurangkan - hapuskan...

3)bangi - Madinah - Mekah

4)sedekah RM1.00 - RM10.00 - RM100.00 5) sembahyang di rumah - sembahyang di suaru/masjid

6) 5 jam sehari menonton TV - 3jam TV & 2 jam majlis ILMU

7) 3 jam baca suratkhabar/majalh/internet - 2 jam majalah/suratkhabar/internet & 1 jam membaca AL-QURAN/selawat, zikir

8) Apa-apa aktiviti yang ahsilnya adalah untuk AKHIRAT..

Tetapi apa yang banyak berlaku

pada ZAMAN AKHIR ini ialah

PERSONAL IMPROVEMENT banyak ke arah

KEDUNIAAN SEMATA.Perkara berkaitan AKHIRAT slowly diketepikan... Contohnya:

kalau dulu rajin dan tak tinggal 5 waktu, tetapi beransur-ansur..

kalau dulu tak kenal DANGDUT/KARAOE..bila tuhan beri kenaikan pangkat & gaji lebih benda seperti ni dah jadi biasa..

Macam macam lagi yang kita pun sedia maklum dan tahu

malah berlaku di kalangan ahli keluarga kita, jiran, rakan-rakan, dll.

Jadi samalah kita membuat BALANCE ACTION PLAN, BALANCE OBJECTIVE & TARGET dan BALANCE IMPROVEMENT

Tuhan beri semua makhluk di dunia ini 24 jam sehari,

tiada seorang pun yang mendapat kurang atau lebih barang sesaat pun.

Tuhan juga memberi kta peluang untuk menggunakan masa yang ada untuk dimanfaatkan dengan sebaik mungkin..

Tuhan hanya mahu kita beramal selama lebih kurang 40 -50 tahun demi untuk mendapat Balasan Syurga untuk selamanya....

...I N F I N I T I..

Semoga Tuhan terus memberi kita petunjuk dan hidayah untuk kita berjaya di dunia dan akhirat.

1. Roh para nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin

2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus

3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina

4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung di syurga mengikut kehendak mereka

5. Roh para mukmi yang berdosa akan tergantung di udara tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari kiamat.

6. Roh anak-anak orang yang beriman berada di gunung dari minyak misik

7. Roh orangorang kafir akan berada dalam neraka Sijjin, mereka diseksa beserta jasadnya hingga sampai hari Kiamat

Telah bersabda Rasulullah S.A.W:

'Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kubutnya:-

1) Orang-orang yang mati syahid

2)Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan Ramadhan.

3) Orang berpuasa di hari Arafah'


sekian untuk ingatan kita bersama

Wassalam

dipetik dari: http://kelab-sahabat.blogspot.com



Friday, September 4, 2009

Thanks for being my friends

today, i'm not going to seat for my taxation's test
so di saat kwn2 berjuang, berphempas pulas memerah aku plak depan laptop dok post entry ni
bukan sebb pa aku xpi test, aku sakit smalam
aku pn xley knal pasti pa skit aku
citenye mcm ni...
smalam lpas je tgk nur kasih, aku nak smbung study aku yang sedikit terbengkalai demi nk menonton NUR KASIH..bru je start tetiba kepala aku pening..aku ingat pening biasa je la..then aku amk 'kokyok' lekat kt kpala..mkin sakit g ada la..after a few minutes, aku rasa nk muntah..lpas 2 aku p kt katil dgn niat nk tido but i can't...disebabkan xtahan aku pn nangis sampai mmber aku dengar..kalut la dorg nk bawa aku ke hospital or klinik..

Terharu cgt bila kawan2 amk berat sangat sal aku ni..
xtau nk ucap macam mna kt diorg..THANK YOU U ALL..LUV U VERY MUCH

Thursday, September 3, 2009

kehilangan

erm sedih tp apa boleh buat..xde rezki kot
act gelang tangan emas yg mak menakan hadiahkan sempena result pmr dulu ilang
xtau cne ley ilang, bila sedar je dh xde kt tangan
merata dh cari tp xjumpa gk
huhuu cdey :)

b4 diz aku dh ilangkan cincin mak aku bg, ilang bulan 2 taun ni
yang 2 mgkin silap aku sbb aku p silat n lupa buka cincin
dh smpai sana bru sedar, n buka msukkan dalam purse
blek dr silat 2 buka purse n tgk dh xde

mmber2 suh aku mndi bunga hhahaha
bukan pa b4 diz fon aku wt prngai
beli 1st hand tapi cm dh 3rd hand je rupanya
bru je beli dh msuk warranty
bukan aku ni ganas cgt pn
bkn slah aku salah sony la ni
aku trade in fon SE w910 aku n amk la s302
nk taw pe jd
memory card slot 2 rosak n xley read memory
antar warranty, then bila p amk still not work out
antar g n alhamdulillah dh bley read dh
bley la dgr lagu hehehe
tp gna je 2 3 ari pas2 asyik 'hang' je
n reben fon 2 pn cm nk rosak je
aku dh xpuas ati
p kedai 2 nk tolak blek dia dh xnk
geram giler...
aku p kedai len, tolak n beli je csl k500
hah puas ati aku
malaysian product
jd pe pn xpe cz produk malaysia ni dh di'sterotype'kn mmg xbest cgt
tp spnjg aku gna ni ok je
xtrok pn


ish2 da melalut p kt nfon lak..
berbalik kt brg kemas ni.
erm nseb bek la mak xmarah cgt

coz mak ckp nk buat mcm mna xde rezki la 2
tp aku sedih la, myb mak ckp cm2 sbb xnk aku cdey lagi
so nk pujuk ati aku ni, aku ckp kt diri sendiri setiap perkara yg jadi mesti da hikmah
kn..kn..kn..

Wednesday, August 26, 2009

Kematian menghampiri kita

semalam, dalam kelas i got 1 message from my mum..terkejut gk mcm xpercaya tapi itula hakikatnya
mcg mak berbunyi, "paklong dh xde, meninggal pagi td"
banyak kali aku bc mcg 2..jz nk make sure aku tak silap bc
abeh klas aku call mak aku tny pnca kematian..mak cakap meninggal time tidur..

erm aku pn xtaw nk ckp cne..yang pastinya setiap yg idup akan merasai mati...dan persepsi "merasai" mati sudah pasti berbeza bagi org yang masih hidup..bila dan bagaimana tak diketahui..oleh itu kita seharusnya bersedia menghadapi kematian..

Saturday, August 22, 2009

Marhaban Ya Ramadhan

Doa Malaikat Jibril menjelang Ramadhan,
"Ya Allah abaikanlah puasa ummat nabi Muhammad jika apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan 3 perkara:
1. Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada 2 orang tuanya
2. Tidak bermaafan terlebih dahulu antara suami isteri
3. Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang2 sekitarnya
maka Rasulullah s.a.w pun aminkan 3 kali.

oleh itu saya INGIN MEMOHON dibukakan pintu maaf selebar-lebarnya, semoga ALLAH swt memberkati serta merahmati dan senantiasa menjaga ibadah puasa kita..amin


*******************************

walaupun agak lewat untuk aku ucapkan marhaban ya Ramadhan tp tak mengapa la rasanya..
setiap tahun pengalaman dan keadaan aku berpuasa jelas berbeza.
namun apa jua keadaannya yang penting redha Allah akan mengiringi setiap detik perjalanan hidupku hendaknya.
dan harapan aku agar ramadhan kali ni akn mmberi aku keinsafan dan memperbaiki diri daripada kejahilan kepada yang berpengetahuan..menambah kesabaran dalam diri..
Ya Allah jadikanlah aku seorang insan yang sentiasa mensyukuri nikmatMu seterusnya dapat memperbaiki diri ke arah yang lebih baik..amin

terasa serba kekurangan diri ini jika dibandingkan dari sudut apa pun.kerdilnya diriku pada pandangan mataMu, jahilnya aku berbanding yang lain..tetapkanlah hatiku dalam agamaMu, jauhilah aku dari kesesatan dunia..


Thursday, August 6, 2009

Jodoh Itu ketentuan Allah

Usia remaja masa kini yang penuh dengan cabaran dan rintangan menyebabkan ramai terleka dan hanyut dalam dunia fantasi mereka masing-masing..dan tanpa sedar ramai daripada kita terus terjebak dalam mainan perasaan yang sememangnya lumrah semua insan. Tidak dapat dinafikan perasaan ingin mencuba menyebabkan mereka lalai justeru memilih jalan yang salah.
Namun begitu, kita sebagai remaja khususnya beragama Islam harus sedar bahawa Islam mempunyai jalan untuk menyelesaikan masalah tersebut..
Saya menyeru kepada diri sendiri dan rakan sekalian, yakinlah dengan qada' dan qadar..sesungguhnya JODOH ITU KETENTUAN ALLAH..Di sini ada link yang saya sertakandengan niat untuk berkongsi bersama...

http://cheahmad.blogspot.com/2009/08/jodoh-itu-ketentuan-tuhan-artikel.html

Wednesday, August 5, 2009

Nisfu Syaaban

Nisfu Syaaban (Nisf bermaksud separuh) adalah peristiwa hari ke-15 dalam bulan Syaaban tahun Hijrah. Umat Islam mempercayai yang pada malam Nisfu Syaaban, amalan akan dibawa naik oleh malaikat untuk ditukar dengan lembaran amalan yang baru setelah setahun berlalu.

Nabi Muhammad s.a.w menggalakkan umatnya untuk bangun malam dan berjaga serta beriktikaf sepanjang malam kerana tidak mahu amalan diangkat dalam keadaan tidur atau lalai.


TIADA HADIS SAHIH MEMBICARAKAN MALAM NISFU SYAABAN

Oleh Dr Engku Ahmad Zaki Engku Alwi

SYAABAN adalah salah satu bulan Hijrah yang mempunyai keistimewaan tersendiri. Syaaban dianggap pintu gerbang Ramadan kerana pada bulan itu umat Islam masih boleh makan dan minum pada siang hari sebelum mereka menyambut kedatangan bulan puasa yang penuh berkat.

Kelebihan Syaaban dapat dilihat apabila Rasulullah SAW pernah memberitahu sahabat mengenai Syaaban. Bulan itu dinamakan demikian kerana pada bulan itu Allah banyak memberi rahmat kepada hamba-Nya.

Kelebihan Syaaban berbanding bulan lain ialah seperti kelebihan Rasulullah SAW terhadap semua nabi, manakala keutamaan bulan Ramadan berbanding dengan semua bulan adalah seperti keutamaan Allah kepada hamba-Nya.

Pada bulan Syaaban, ada satu malam sangat dinantikan umat Islam iaitu malam Nisfu Syaaban. Pada malam itu, umat Islam akan membanjiri masjid dan surau untuk menghidupkan malam itu dengan bacaan surah Yasin secara beramai-ramai.

Malangnya, timbul persoalan mengapa umat Islam hanya melangkah kaki ke masjid dan surau pada malam Nisfu Syaaban saja, tidak pada hari lain dalam bulan lain. Perlu ditegaskan, setiap bulan Hijrah memiliki keistimewaan dan kelebihan masing-masing dan bagi Muslim bertakwa akan sentiasa berusaha merebut dan meraih keistimewaan yang Allah sediakan pada bulan itu.

Muslim sejati tidak akan memilih bulan tertentu untuk beribadat kepada Allah. Dia akan sentiasa beristiqamah dan beriltizam menjunjung segala titah dan perintah Allah pada setiap masa dan keadaan sehinggalah dia menghadap Allah nanti.

Di samping itu, terdapat juga himpunan hadis menerangkan keistimewaan Syaaban, kelebihan malam Nisfu Syaaban dan keutamaan amalan tertentu pada bulan itu. Namun, kebanyakan hadis itu adalah hadis daif menurut pandangan ulama. Walau bagaimanapun ada sebahagian ulama berpendapat hadis daif boleh dipegang dalam amalan sunat secara perseorangan.

Pada Syaaban ini, umat Islam dianjurkan lebih mendekatkan diri kepada Allah dengan meningkatkan amal soleh dan memperbanyakkan ibadat. Tidak ada hadis diriwayatkan berkaitan dengan amalan dan bacaan doa tertentu pada pertengahan Syaaban mencapai taraf hadis sahih. Menurut mereka, tidak ada satu pun hadis sahih yang membicarakan mengenai malam Nisfu Syaaban dan amalan dianjurkan pada malam itu.

Berdasarkan amalan biasa dilakukan umat Islam di Malaysia iaitu amalan membaca surah Yasin sebanyak tiga kali dan juga bacaan doa khusus (doa yang tidak ada asal usulnya dan tidak menepati dalil Syarak sama ada dalil manqul (bersumberkan al-Quran dan hadis) atau ma’qul (bersumberkan pendapat ulama mujtahidin yang muktabar).

Menurut Prof Dr Yusuf al-Qaradawi dalam kitabnya al-Fatawa, kandungan doa itu secara umumnya adalah permohonan supaya ditetapkan sebagai seorang yang bahagia dan murah rezeki bersesuaian dengan segala kebaikan.

Maksud doa itu berdasarkan firman Allah yang bermaksud:

Sesungguhnya Allah menghapus dan menetapkan apa yang Dia kehendaki, dan di sisi-Nya ummul kitab (ibu segala suratan).� (Surah al-Raâ˜d , ayat 39)

Jelas di sini percanggahan nyata dalam isi kandungan doa ini. Pada permulaannya pemohon berkata, jika tertulis di sisi Allah di dalam kitabnya sebagai seorang yang susah dalam urusan mencari rezeki, pendoa meminta supaya dihapuskan kesusahan itu dan ditetapkan di sisi Allah di dalam kitabnya (yang sama) sebagai seorang bahagia dan murah rezeki untuk segala kebaikan, berdasarkan maksud ayat yang disebutkan.

Makna ummul kitab ialah tidak ada di dalamnya penghapusan dan tidak ada pengisbatan (penetapan), bagaimana dia (orang yang berdoa) pada masa yang sama memohon penghapusan dan pengisbatan di dalamnya.

Pada masa sama, ucapan doa itu bertentangan dengan adab berdoa seperti digariskan ajaran Islam. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

Apabila kamu meminta kepada Allah (berdoa kepada-Nya), janganlah kamu ucapkan: Ya Allah ampunilah jika Kamu kehendaki, rahmatilah daku jika Kamu kehendaki, berikanlah rezeki padaku jika Kamu kehendaki, sebaliknya hendaklah kamu menetapkan permasalahannya (apa yang diminta), Allah Maha Berkuasa melakukan berdasarkan ketentuan-Nya dan tidak ada paksaan ke atas-Nya.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Seterusnya, umat Islam dianjurkan melaksanakan amal ibadat sebanyak mungkin menurut kemampuannya pada malam itu antaranya solat lima waktu secara berjemaah, bersolat sunat dan melakukan solat tahajud, berpuasa sunat, membaca al-Quran, beristighfar kepada Allah, bertasbih, bertahlil, bertakbir dan membaca pelbagai doa dan zikir yang maâthur.

- Dr Engku Ahmad Zaki Engku Alwi ialah Timbalan Dekan Fakulti Pengajian Kontemporari Islam, Universiti Darul Iman Malaysia.

dipetik dari http://nurjeehan.hadithuna.com/tiada-hadis-sahih-bicarakan-malam-nisfu-syaaban/

Sunday, August 2, 2009

yeyeyeye

hmmmm akhirnya dh ley edit
even xcantik pn tp xde r sehodoh td
berbinau mata dh ni..

Saturday, August 1, 2009

aduhhh apa aku buat ni..

erm gatai tgn plak dah
nk ubah sna sini...
kn dh ilang mcm2 huhuhu
cdeynye..pnat lak la nk meng'edit' blek
Ya Allah tabahkanlah hatiku
:(